Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 9 November 2016

TAHNIAH UNTUK TRUMP - PM Najib

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Donald Trump yang memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat dan menzahirkan harapan hubungan antara kedua-dua negara diteruskan di bawah kepimpinan beliau.

Najib berkata Amerika Syarikat dan Malaysia telah meningkatkan hubungan mereka ke peringkat perkongsian komprehensif pada 2014 dan saling bekerjasama rapat dalam usaha memerangi keganasan dan ekstremisme di seluruh dunia.    

"Kami berharap untuk meneruskan kerjasama ini di bawah pimpinan Trump yang dipilih sebagai presiden.

"Saya mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangan luar biasa ini dan berharap untuk bertemu beliau tidak lama lagi," kata perdana menteri dalam kenyataan di sini, hari ini.

Trump daripada parti Republican mengalahkan Hillary Clinton daripada parti Democrat dalam persaingan sengit awal hari ini untuk menjadi presiden Amerika Syarikat ke-45, dengan melakukan kejutan luar jangka selepas ada beberapa pihak menyifatkannya sebagai kempen keterlaluan dan adakalanya menjengkelkan.

"Beliau telah mengatasi pengaruh konsensus dengan memenangi pencalonan  Republican dan melakukannya sekali lagi dengan mencatatkan kemenangan luar biasa hari ini," katanya.

Kemenangan beliau, kata Najib, menunjukkan bahawa ahli politik tidak boleh  mengambil mudah akan pengundi.    

"Pendapat pilihan raya, dan tokoh-tokoh politik terkemuka, semuanya telah tersalah tafsir kekuatan sokongan terhadapnya.

"Rayuannya kepada rakyat Amerika yang telah ketinggalan - mereka yang mahu melihat kerajaan lebih menumpukan pada kepentingan dan kebajikan mereka, kurang terbabit dalam campur tangan asing yang terbukti bertentangan dengan kepentingan Amerika Syarikat - telah membolehkan Encik Trump memenangi White House," katanya. - Bernama -sumber

TN: Sifirnya mudah, pemimpin baik lahir dari masyarakat yang baik, begitulah juga sebaliknya... Jadi, fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment