Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 26 September 2016

Pilihan Raya Mengejut Serlah Perang Besar Yang Makin Parah Di Selangor

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyifatkan pertelagahan berhubung pilihan raya mengejut di Selangor sebagai bukti Dap tidak lagi boleh bekerjasama dengan PKR khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dan mereka juga tidak boleh lagi berjalan sehaluan dengan Pas yang membentuk kerajaan negeri Selangor.

Jelasnya inilah perang besar yang sebenarnya tidak mampu kagi disembunyikan apatah lagi mencari jalan penyelesaian bagi meneruskan kesepakatan rapuh yang mereka cuba bentuk selama ini.

“Pada saya secara peribadi adalah lebih baik sekiranya Dap menyelesaikan kemelut yang berlaku di Pulau Pinang. Mereka boleh adakan referendum dan sebagainya lagi dalam usaha mengukur sejauh mana sokongan rakyat terhadap kepimpinan negeri yang hari ini terpalit dengan pelbagai dakwaan. Begitu juga integriti mereka yang dipertikai dan menjadi buah mulut masyarakat setempat.

“Persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang dijadikan alasan mereka adalah sekadar alasan semata-mata kerana yang jelas Dap tidak lagi boleh duduk sebumbung dengan Azmin dan juga Pas di dalam pentadbiran negeri,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, pemimpin Dap Lim Kit Siang mencadangkan pilihan raya mengejut diadakan di Selangor sebagai tindak balas pelaksanaan persempadanan semula kawasan pengundian oleh SPR.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali kemudian menolak cadangan itu dan berkata kerajaan negeri tidak boleh mengkhianati mandat diberi rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Mat Nadzari seterusnya menegaskan cadangan Dap itu yang kononnya sebagai tindakbalas persempadanan SPR adalah alasan yang tidak logik dan sekadar alasan semata-mata.

Katanya bukankah itu hanyalah cadangan dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dan sebagainya lagi boleh membuat bantahan dan perkara-perkara lain sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang.

“Jadi janganlah mengambil kesempatan semata-mata daripada cadangan SPR. Yang bermasalah sebenarnya mereka sendiri. Kalau mereka yakin menang dah lama mereka buat pilihan raya mengejut.  Ini bukan soal persempadanan semula tetapi pembangkang makin faham rakyat dah makin muak dengan tingkah laku mereka ,” ujarnya. –MediaUMNO -sumber

No comments:

Post a Comment