Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 3 August 2016

ACAH-ACAH PRN! Guan Eng Seperti Meludah Ke Langit...



Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap PKR berikutan keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut telah memakan dirinya sendiri.

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan dengan jelas bahawa pembahagian kerusi bukanlah isu bagi PKR menentang pilihan raya mengejut itu.

“Hanya seorang sahaja yang telah bercakap bohong dalam Pakatan Harapan berhubung pilihan raya mengejut itu. Jawapannya jelas dan kami percaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap benar.

Teng Chang Yeow vs Guan Eng“Oleh itu, adakah Lim Guan Eng berbohong? Bolehkah beliau dan percakapannya dipercayai,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Semalam, Dr Wan Azizah melahirkan rasa terkejut berhubung dakwaan DAP mengenai isu pembahagian kerusi dan beliau berkata isu itu telah diselesaikan hasil perbincangan antara kedua-dua sekutu itu.

Ahad lepas, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mengumumkan DAP tidak jadi meneruskan hasrat mengadakan PRN lebih awal berikutan kegagalan untuk mendapatkan kata sepakat dan persetujuan daripada sekutunya.

Bagaimanapun rakan DAP dalam pakatan itu, PAN menyokong cadangan pilihan raya mengejut itu.

Chang Yeow  yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata Guan Eng akan menyalahkan yang lain terutama Barisan Nasional setiap kali beliau mempunyai peluang, untuk menonjolkan dirinya.

Beliau juga membidas kenyataan Guan Eng bahawa UMNO dan Gerakan Pulau Pinang tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai isu-isu tertentu termasuk cadangan supaya persidangan khas Dewan Undangan Negeri diadakan untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap ketua menteri.

“Gerakan Pulau Pinang tidak terikat kepada UMNO Pulau Pinang, tidak seperti DAP. Episod pilihan raya mengejut ini membuktikan DAP tunduk kepada PKR walaupun memiliki jumlah kerusi terbanyak di negeri ini,” katanya.-sumber

Jomo: Jangan nak berlagak sangatlah Guang Eng...

No comments:

Post a Comment