Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 10 June 2016

Sediakan Rumah Untuk Rakyat! Kerajaan Komited Kearah Itu... Zahid_Hamidi #TPMKita #AZH


Usaha berterusan kerajaan bagi menyedikan rumah kepada rakyat adalah signal jelas bahawa kerajaan terus komited kearah memastikan kebajikan rakyat dijaga... Tidak kira sesiapa saja termasuk mereka yang kurang berkemampuan, kerajaan koimted untuk melihat rakyat di negara ini mempunyai rumah sendiri...

Timmbalan Peerdana Menteri dalam programnya bersama rakyat dalam program kasih Nur Ramadhan peringkat wilayah persekutuan menyatakan, golongan kurang berkemampuan di bandar khususnya turut tidak dipinggirkan apabila kerajaan membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Peerumahan Awam (PPM) untuk keselesaan mereka... 

Sekitar Program Nur Ramadhan:





Lagi....
"Penduduk PPR harus bersyukur kerana tiada di negara lain dan di tempat  lain, mereka yang pernah duduk sebagai setinggan di kawasan tanah kerajaan dan tanah swasta diberikan kemudahan sebegini. 
"Kita lihat di negara jiran tidak ada rumah PPR, tidak ada rumah untuk orang awam," katanya ketika berucap dalam Program Nur Ramadan peringkat Wilayah Persekutuan di PPR Seri Semarak, di sini hari ini. 
Justeru, beliau mahu penduduk PPR dan PPA melakukan transformasi dalam perubahan sikap dan minda untuk menterjemahkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang memberikan bantuan kepada mereka. 
"Kita harus berhijrah daripada minda kesetingganan kepada minda kawasan perumahan berstruktur dengan kemudahan ini adalah tapak awal untuk kita melakukan perubahan sikap dan minda," katanya. 
Ahmad Zahid juga berkata dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat, kerajaan sedar ia tidak dapat memuaskan hati semua pihak. 
"Tetapi janganlah dengar puak yang tidak berpuas hati ini. Apabila perasaan tidak puas hati sering didendangkan, mereka semua tidak pernah rasa senang dan tidak pernah rasa syukur," katanya. 
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 20 penerima sebagai simbolik penyerahan kepada 1,000 individu kurang berkemampuan di Parlimen Setiawangsa, dengan masing-masing menerima wang tunai dan barangan keperluan (beras dan gula).
Ahmad Zahid turut merasmikan Surau Al-Husna di PPR Seri Semarak. 
Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, timbalannya Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Ahli Parliamen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari. - Bernama
JOMO: Teruskan usaha sebegini demi keselesaan rakyat... tahniah Kerajaan! Rakyat kena selalu didekati, jangan jadi macam seorang calon PRK tu, janji 2 bulan sekali balik kawasan...

No comments:

Post a Comment