Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 12 February 2016

Siapa sebenarnya monyet?

(Sinar Harian, 8.2.16)

Artikel ini disiarkan pada Tahun Baharu Cina, tahun monyet. Binatang kesembilan dalam senarai susunan zodiak Cina. Sebagai orang Islam, tidak sepatutnya kita percaya kepada ramalan zodiak. Namun, tidak salah mengambil pengajaran.

Pepatah Cina berkaitan monyet berbunyi; semakin tinggi monyet memanjat, semakin terserlahlah punggungnya (bahagian sulit). Bermaksud, jika berusaha bersunguh-sungguh, menggunakan segala tenaga dan bakat, yakinlah kejayaan pasti akan datang. Kata-kata ini dipegang oleh orang Cina.

Tamadun Cina kaya dengan kata-kata hikmah sebegini, dalam menjalani kehidupan. Setiap tahun, binatang silih berganti, ada sahaja keistimewaan masing-masing. Mereka amat percaya, dan berusaha ke arah itu. Pendek kata, teori, dipraktikkan. 

Kata-kata hikmah Melayu tidak kurang hebatnya. Tetapi lebih teori  daripada praktik. Memilih yang negatif daripada positif. Misalnya, yang bulat takkan datang menggolek, yang pipih takkan datang melayang. Praktiknya, kita lebih kepada menanti yang bulat datang menggolek, yang pipih datang melayang. Isu bauksit sebagai contoh. Berapa ramai lagi pegawai pejabat tanah akan didakwa?  

Sebab itu, janganlah kita dengki jika orang lain berjaya sehingga menjadi ultra kiasu. Mereka tidak jemu berusaha. Sejarah membuktikan, bermula penghijrahan, mereka datang dengan sehelai sepinggang. Hari ini, harta keliling pinggang. Pasal apa? Mereka berusaha, tidak bersengketa sesama sendiri. Inilah iktibar tahun monyet.   

Pertama, dari sudut kerjaya. Monyet sentiasa mencari peluang baharu dan berusaha menerokai peluang tersebut hingga berjaya serta mendapat hasil lumayan. Tidak takut dalam mengutarakan idea, kritikan dan pandangan selagi itu baik untuk menunjang karier. Sebab itu, jangan terkejut jika peniagaan semakin bertambah dan berkembang daripada tahun ke setahun. Kita asyik tikam-menikam sesama sendiri, juga dalam organisasi dan parti. Pantang dikritik, freeze selalu.

Kedua, kasih sayang monyet. Monyet amat mementingkan kasih sayang di kalangan mereka. Lompatlah setinggi manapun, anak yang dikendung tidak akan terlepas. Inilah ikatan orang Cina, hubungan kasih sayang sebangsa yang kuat dan sentiasa diperbaharui. Tidak mustahil menjalinkan hubungan baharu yang lebih mekar. Tidak seperti kita, bergaduh tiada  penghujung. Apatah lagi apabila Amanah mengeluarkan kenyataan sesiapa (Pas) yang bekerjasama dengan Umno, adalah musuh mereka. Umno lebih bahaya daripada ultra kiasu. Sanggup menolak saudara seagama. Kesesatan apakah ini?

Ketiga, ekonomi monyet. Monyet sentiasa meninjau dan memperbaiki strategi ekonomi masa lalu berhadapan dengan masa kini. Masa hadapan amat penting kerana perjalanannya jauh. Terus aktif dan pro-aktif mengejar peluang. Sentiasa berhati-hati terhadap segala tindak-tanduk supaya tidak membawa mudarat. Bersiap sedia mental fizikal  untuk menghadapi  setiap masalah mendatang.

Mereka akan cuba menghindari perkara yang boleh merosakkan seperti provokasi. Mereka tidak mengejar populariti dan berpolitik bodoh seperti kita. Maka tidak hairan jika kekayaan mereka melimpah ruah. Kita pantang kaya sedikit, berlagak sana sini. Sibuk tunjuk kekayaan.

Keempat, kesihatan monyet. Monyet sentiasa menjaga kesihatan agar panjang umur, murah rezeki (huat cai). Paling baik meninggalkan perbuatan yang mengakibatkan ketagihan seperti seperti minum arak dan merokok, termasuk vape. Rehat dan tidur yang cukup. Bukan seperti kita isu rokok dan vape tidak pernah selesai. Fatwa kata vape haram, kabinet kata tidak. Peliknya, rokok tidak haram pula. Apa sebenarnya kita ini? Ada yang haram dibolehkan, ada yang haram tidak dibolehkan, sedangkan dalam Islam, yang haram jelas, yang halal juga jelas.

Kelima, jauh berjalan luas pemandangan. Tahun monyet sangat baik untuk berjalan bagi mendapatkan pengalaman. Menjaring hubungan, mencari persahabatan baharu bagi memperluaskan lingkaran sosial. Bukan berjalan sekadar berjalan. Kita sibuk melancong ke sana ke mari, Mekah tidak pernah dijejaki. Yang pergi ke Mekah, balik sibuk bertaubat, esok buat maksiat. Taubat apakah ini?

Keenam, sosial monyet. Menjaga kemuliaan akhlak dan rendah diri. Fokus lebih membantu orang lain yang memerlukan. Saling tolong menolong. Itulah fong shui. Ada keluar, ada masuk. Kita bagaimana? Berapa ramai yang dikeluarkan daripada kemiskinan atau sibuk menaja program realiti dan bola sepak? Sehingga yang gedebe pun berjaya dipondankan.

Kisah dongeng monyet patut dijadikan teladan oleh kita semula. Penjual songkok tertidur di sebatang pokok. Melihat penjual itu sudah tidur, monyet  pun turun dan mengambil semua songkoknya. Monyet sungguh gembira dan kelihatan seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Ada yang membelek-belek, ada yang meletakkan di kepala, ada yang membaling semula.

Bila terjaga, penjual songkok panik, kerana semua songkok telah diambil monyet. Kecuali ada beberapa yang terjatuh. Penjual songkok berfikir bagaimana mendapatkan semula songkoknya. Sambil berfikir, dia melambung-lambung songkok. Perbuatannya itu diperhatikan oleh monyet. Kemudian monyet meniru apa yang sedang dilakukan oleh penjual tadi. Songkok-songkok itu dilambungkan. Sekali lambung saja, semua songkok itu jatuh. Penjual songkok segera memungut songkok, lalu beredar pergi.

Rupanya, orang lain sibuk mengambil iktibar tahun monyet,  tetapi kita meniru perangai monyet. Leka dengan meniru budaya barat seperti program realiti untuk mengejar populariti, termasuk bola sepak. Malang sungguh! Siapa sebenarnya monyet? Selamat menyambut tahun monyet.

1 comment:


  1. Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D

























    Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D
















    ReplyDelete