Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 13 February 2016

Pekerja Asing! Beranikah Majikan VS Graduan? Tanggungjawab Siapa? @NajibRazak


Dalam ekonomi, jika tiada deman tiadalah juga supply! Begitu juga dalam hal berkenaan dengan pekerja asing, jika tiada permintaan terhadap pekerja asing, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan pekerja asing untuk bekerja dinegara ini...

Soalnya, pertama; Siapa sanggup menjalankan kerja-kerja yang dianggap sebagai Merbahaya, Kotor dan susah oleh kebanyakan kita? Buruh kasar, kilang, pembersihan, tukang rumah, angkat sampah, kerja-kerja pertanian, pembinaan bangunan dan beberapa lagi dilihat sebagai sektor-sektor yang memelrukan pekerja asing... 

Kedua; sejauh manakah kesediaan para majikan untuk menggaji rakyat kita bagi melaksanakan tugas-tuugas ini...? 

Ya, diakui, memang ada rakyat kita yang bekerja dalam sektor-sektor tersebut, tapi, berapa ramai? Bagaimana pula dengan graduan kita? Apakah mereka juga sudah bersedia dan sanggup bekerja dalam sektor ini? Apakah majikan juga bersedia untuk menggajikan para graduan kita?

Kerajaan dari dahulu lagi sedar hakikat untuk memberikan pendidikan teknik dan vokasional kepada anak-anak kita, itulah sebabnya diwujudkan sekolah menegah teknik, sekolah vokasional, pusat-pusat kemahiran seperti giat mara, IKM, ILP, politeknik dan ditambah lagi dengan usaha pihak swasta, semua ini untuk apa? tidak lain untuk mengajar kemahiran kepada anak-anak kita... Alhamdulillah, mereka-mereka yang berminat dengan kemahiran atau kurang cemerlang dalam bidang akademik mempunyai peluang lain untuk melanjutkan pelajaran sebelum masuk ke alam pekerjaan... Jadi, tiada isu kerajaan tidak melatih anak tempatan dalam sektor-sektor melibatkan kemahiran...

Tapi, bagaimana dnegan majikan? Mereka juga sepatutnya ada tanggungjawab sosial untuk mengambil anak-anak tempatan bekerja dalam sektor-sektor yang disebutkan di atas... Dalam pada itu, bagaimana pula halnya dengan mahasiswa? apakah mereka sanggup mengisi jawatan-jawatan rendah seperti ini dalam sektor-sektor tersebut?

Jika semuanya OK dan berani, penulis yakin, isu pekerja asing bukan lagi menjadi isu di negara ini... Betul tak???

Jomo: Hi lah tauke-tauke diluar sana, jangan hanya tahu baling batu sembunyi tangan... Diam seribu bahasa... Tambahan lagi, ada pula puak berhati busuk cuba mempolitikkan isu ini... Kasiangggg, udah enggak ada isu ya massss?




1 comment:

  1. Bukan nak katalah graduan sekarang ini kebanyakkanya tapi buka semua, terlalu mengharap kerja yang kononnya setaraf dengan kelulusan mereka.

    Zaman dimana kerja menanti graduan dah lama berlalu. Dah lupus ditelan masa. Sekarang bukan juga zaman graduan mengharap untuk berkerja makan gaji. Sekarang adakah zaman graduan mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang lain kerana graduan adalah manusia yang berilmu dan berkebolehan. Itu pun sekiranya kriteria tersebut ada pada graduan sekarang

    Tahukah kamu diantara pekerja2 asing ini pun ada yang terdiri daripada graduan2. Jangan sampai satu ketika nanti kamu pula yang menjadi pekerja asing dinegara orang.

    Sekiranya kamu hendak jadi pekerja asing, silakan tak ada masalah. Hak Asasi Manusia.

    ReplyDelete