Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 12 February 2016

Isu MOU 1.5 Juta Pekerja Bangladesh; Jangan Mudah Terpedaya! Kerajaan Sentiasa Dahulukan Kepentingan Rakyat.


Ramai yang terperangkap disebabkan tiadanya usul periksa mengenai isu sebenar disebalik kisah 1.5 juta pekerja Bangladesh...

Ingat atau tidak, sejak tahun lepas, isu ini telah jelas dinyatakan di mana pekerja Bangladesh yang memohon pekerjaan/berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk bekerja di Malaysia adalah mengambil kira selepas penghantaran pulang pekerja Bangladesh yang tamat tempoh bekerja di Malaysia... 

Bukan itu saja, tuduhan-tudahan liar dan jahat puak pembangkang kononnya ianya bermotifkan "keuntungan perniagaan" juga sama sekali tidak benar dan disangkal sendiri oleh Menteri DS Zahid pada tahun lepas... Walhal, secara jelas ini semua berdasarkan permintaan daripada persatuan majikan sendiri yang lebih terdorong memilih pekerja asing dari Bangladesh... (rujuk di sini) Kalau masih tak percaya, cuba kita turun ke permis-permis perniagaan diluar sana, siiapakah sebenarnya pilihan majikan @ tauke-tauke untuk bekerja?

Sejak isu ini diperkatakan tahun lepas sehingga hari ini, belum ada sebarang MOU yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Bangladesh mengenai isu ini... Rujuk kenyataan media KDN "cadangan Memorandum Persefahaman mengenai penggajian pekerja Bangladesh melalui mekanisme Kerajaan Kepada Kerajaan Plus (MOU G-to-G Plus) antara Malaysia dan Bangladesh dijangka akan ditandatangani dalam masa terdekat setelah mendapat pengesahan tarikh dan persetujuan daripada kedua-dua negara. Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh YB Dato' Sri Richard Riot, Menteri Sumber Manusia. Pelaksanaan MOU G-to-G Plus ini hanya terhad di Semenanjung Malaysia sahaja.". 

Peliknya, isu ini telah selesai dijawab sebelum ini, tapi, media mainkan semula... Motif ini mungkin boleh dipersoalkan...

Dalam hal lain juga, ada pihak cuba 'berkokok' dan menyalahkan kerajaan mengenai hal ini, kenapa tidak diberi peluang kepada anak tempatan... ok, cuba kita lihat, kerajaan telah perkenalkan banyak institusi pendidikan yang mendidik anak-anak tempatan dalam bidang vokasional, pertanian, perladangan selain dari bidang pengajian akademik... Diakui ramai yang diluar sana mendapat kemahiran dan manfaat dari usaha yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan... Pastinya, usaha kerajaan melalui beberapa kementerian seperti kementerian pendidikan, kementerian pengajian tinggi, kementerian sumber manusia dalam memberi platform kepada anak-anak muda tempatan dalam bidang ini dilihat seiring dengan keperluan negara dan telah dilaksanakan dan mendapat sambutan yang baik dikalangan rakyat terutamanya orang bumiputera...

Isunya pula, majikan / tauke-tauke lebih berminat dengan pekerja asing untuk bekerja dengan syarikat mereka... Penulis pasti, kerajaan tidak sewenang-wenangnya mengadakan MOU seperti ini tanpa ada permintaan/permohonan dari pihak majikan @tauke-tauke ini... 

Jomo: Dalam hal ini, penulis bersetuju agar persatuan majikan juga tidak mendiamkan diri dengan hanya membiarkan kerajaan menjawab segala isu yang dilontarkan... Media juga harus lebih bertanggungjawab dan peka dalam memainkan sesuatu isu...

Pada perenggan akhir kenyataan Media KDN secara jelas menyatakan 
"Kerajaan masih memberi keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu. Kemasukan buruh asing ke negara ini tidak akan menjejaskan dan menggugat peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta keseimbangan pasaran buruh dalam negara kerana pekerja asing ini hanya dibenarkan bekerja di lima (5) sektor formal yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing sahaja iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan."




1 comment:


  1. Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D

























    Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D
















    ReplyDelete