Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 8 January 2016

TPM 'Chair Meeting' Isu Kos Sara Hidup: Kerajaan Teruskan Gerak Kerja Bantu Tangani Isu Ini... @Zahid_Hamidi @NajibRazak

Umum mengetahui, isu kos sara hidup sangat dekat dihati rakyat... Ianya adalah isu yang perlu ditangani secara berterusan demi memastikan kebahagian hidup di negara ini... Kita akui, seluruh dunia menghadapi masalah yang sama, namun, pastinya Malaysia punyai cara dan pendekatan tersebdiri bagi menangani isu ini...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa tertinggi bagi menangani kos sara hidup rakyat di sini. 
Mesyuarat tiga jam itu bertujuan memastikan usaha berterusan ke arah menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat secara bersepadu bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO). 
Jawatankuasa itu yang turut dianggotai enam menteri dan ketua setiausaha kementerian berkaitan, merupakan kesinambungan kepada Jawantakuasa Khas Kabinet Kos Sara Hidup Rakyat, yang turut dipengerusikan Ahmad Zahid.
Menteri terlibat dan turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. 
Dua lagi ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.  Baca selanjutnya di sini

Ini satu langkah strategik kerajaan dalam memastikan kos sara hidup sentiasa terkawal... Kerjasama strategik antara kerajaan dan rakyat perlu diperkasakan... Peranan badan-badan NGO juga amat diperlukan bagi menangani masalah ini...

Jomo: Pemantauan berterusan terutamanya kepada peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang mesti dilakukan... Tindakan keras perlu dikenakan kepada meraka.... Bukan apa, mereka sewenang-wenangnya menaikkan harga barang, akhirnya rakyat bukan salahkan mereka tetapi akan salahkan kerajaan yang memerintah!

Saya menyokong penuh usaha menangani kos sara hidup ini!

6 comments:

  1. ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. Kos cuti2 luar negara tu je dah boleh tolong berapa ramai rakyat...takkan tak faham2 lagi betapa tak boleh pakai pemimpin skrg ni!

    ReplyDelete
  3. Berpendapatan tinggi tp makin susah.
    Dah hilang berkat agaknya ?

    ReplyDelete
  4. GST kasi semak balik....!! Itu yang sebenornya. Pampers dan susu bayi, barang mentah makanan seperti sayur, ikan, serta barang makanan di Pasaraya dsbnya serta kain dan baju siap sepatutnya dikecualikanlah GST. Lepas tu semak balik kadar 6% tu. Tinggi sangat. Sebagai pengenalan kadar itu sepatutnya bermula dengan 3%. Biar ia berlegar-legar dalam 2-3 tahun. Tengok macamana kesannya dulu. Ini tidak...henjut 6% sekaligus pada semua barang tanpa ampun dan maaf. Bagaimana pulak dengan Asnaf seperti anak yatim dan orang miskin...??? Kena tempias juga. Itu sebab hari ini PM Najib dah macam orang hilan akal...tak tau nak buat macamana. sebab dah kena sumpah rakyat. Allah itu maha mendengar rintihan makhluknya yang teraniaya. Kamu orang buatlah macamana..mesyuaratlah sampai besok pagi..takkan dapat penyelesaiannya. Percayalah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi segera....makanan rutin mahasiswa yang kelaparan...pun kena gst beb...

      Tak guna punya @#$/&(()¥£€

      Delete