Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 26 January 2016

Terkini! Malaysia tubuh pusat serantau tangani keganasan... cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi



Kesungguhan yang ditunjukkan Malaysia dalam membanteras dan mencegah dari berlakunya keganasan, fahaman radikal dan apa juga yang berkaitan dnegannya, tidak hanya menjadi mainan mulut semata.... Matlamat yang dizahirkan dengan tindakan antaranya dengan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej melalui Komunikasi...

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej melalui Komunikasi bermula 1 Mei ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM200 juta sebagai modal awal bagi memastikan operasi pusat berkenaan berjalan lancar. "Pusat itu kelak akan dikendalikan tiga agensi berkaitan, dalam usaha kita memerangi ekstremisme dan fahaman radikal," katanya. 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) di sini, sebentar tadi. Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat.-

Jomo: Ini antara perkara penting yang erlu diketahui oleh rakyat... jangan sekadar terpengaruh dengan dakyah dakyah pembangkang kononnya Malaysia tidak melakukan apa-apa bagi memerangi keganasan di Negara ini... Preventive dan corrective action, kedua-duanya berjalan seiring demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia...

No comments:

Post a Comment