Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 25 January 2016

Perubahan Segera USaha Tangani Keganasan - Zahid cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi



KUALA LUMPUR: Pendekatan lebih komprehensif dan baharu perlu dilaksanakan dalam usaha memerangi aktiviti keganasan serta radikal yang sering berubah mengikut peredaran masa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia sendiri sudah melaksanakan pelbagai langkah dalam menangani isu berkenaan termasuk memperketatkan lagi undang-undang serta menjalankan operasi penguatkuasaan dengan lebih meluas.
"Kejadian serangan pengganas di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini memerlukan kita supaya melakukan perubahan segera dalam usaha memerangi ekstremisme keganasan lebih-lebih lagi taktik dan aktiviti mereka (keganasan) sering berubah-ubah.
"Sudah tiba masa kita meningkatkan lagi kerjasama dan keberkesanan program deradikalisasi serta rehabilitasi ke arah yang lebih dinamik selain memastikan keadah memerangi aktiviti pengganas dilakukan dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi Dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) di sini, sebentar tadi.-sumber
 JOMO: Malaysia sememangnya kehadapan dalam usaha memerangi keganasan di negara ini... Ianya adalah usaha yang konsisten dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan rakyat hidup aman dan damai... Namun, semua ini memerlukan kerjasama dari kalangan rakyat... Semoga negara kita terus aman dari ancaman pengganas...

No comments:

Post a Comment