Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 27 January 2016

Kawan Jangan Jadi Lawan, Tapi, Lawan Jadilah Kawan...

Aku berfikir tentang apa yang berlaku dalam hidup ini, melihat gelagat orang disekeliling, mendengara cerita rakan-rakan, maklumat dari bahan bacaan, kadang-kadang pelik juga, kenapa? Apa sebenarnya yang pelik?

Baru-baru ini penulis ada bertemu dengan beberapa kawan lama... Sembang pun lama juga... Ya laaa, lama tidak bertemu begitulah jadinya... Bila sembang part kawan-kawan ini, ada pula cerita tentang perangai perangai kawan ni...

Ada yang mengadu, ada kawan ni, hanya nak jumpa kita bila ada kepentingan sahaja... Kalau takda kepentingan, tak pernah nak jumpa... Tapi, bila berhajat baru nak jumpa... Peliknya lagi, bila hajat dah dikabulkan dan kawan ni dah pandai berjalan sendiri, terus menghilangkan diri... Peliknya, bila jumpa bukan main lagi, pangggil sahabat lah... anggap sebagai adik beradiklah... Tapi, bila dah dapat apa dia hendak, kawan ni pun dah tak dipedulikan lagi...

Ramai juga semacam ni, berkawan jika ada kepentingan, kalau awak dah takda kepentingan lagi, minta maaflah, langsung tak dipedulikan lagi... 

Lagi satu, bila susah cari kawan, bila dah senang, kawan pun tak dipedulikan lagi... Ada juga sampai jadi lawan... 

Kasihan! Tapi persoalannya, kenapa ya ada kawan seperti ini? Masa susah muncul, masa senang menghilang... Kadang-kadang memang rasa pelik...

Sumber: Whatapps daripada seorang kawan.

Jomo: Berkawan dengan ikhlas. Bila berkawan tu, janganlah ada perasaan nak menyusahkan kawan jika tidak berupaya menggembirakan kawan.

No comments:

Post a Comment