Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 26 January 2016

Hot! USD300 Juta, DAP Terus Buat-Buat BISU...?


Isu pembongkaran USD300 Juta oleh DAP menjadi panahan tajam kepada totok-totok chauvinis DAP yang kini sedang giat dengan usaha mereka untuk jatuhkan kerajaan... Beberapa dakwaan tersebut secara jelas menunjukkan DAP sudah mula menunjukkan belang mereka yang sebenar...

Sangat menakutkan bila cubaan untuk menjatuhkan kerajaan ini dibiayai oleh Irsrael pada PRU13 yang lepas... Sebagai rakyat Malaysia, apakah kita sanggup dipimpin oleh DAP ini?

Patutlah puak-puak ini begitu berani menhentam kerajaan mengenai isu 2 atlet Israel yang tidak dibenarkan menyertai satu kejohanan sukan dinegara ini baru-baru ini...

“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi berkata, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.

Katanya, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

“ketiga-tiga dakwaan Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP,” katanya.

Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu.

Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP. Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab,” katanya.-sumber
Sedar ataupun tidak, Pakatan harapan ketika ini didominasi oleh puak-puak DAP seepas PAS terkeluar dari Pakatan Rakyat... Siapa berani lawan DAP? Azmin Ali? Wan Azizah? Mat Sabu? semuanya takut... Tak tahulah apa yang mereka telah terhutang budi dengan DAP ni...

Jomo: Aku nak DAP jelaskan isu ini kepada rakyat... Semua rakyat tahu mengenai hal ini... Aku juga berdoa, DAP tidak akan sesekali memerintah negara Malaysia ini... Amiinnn!

1 comment:

  1. Ko buat lawak admin? Dana dari israel tu saja diadakan utk tutup isu 1mdb! Takkn tak boleh fikir ? Boleh bodek tapi agak2lah..tanpa bukti mana org nk caya

    ReplyDelete