Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 25 January 2016

DARI FB NAJIB! TPPA Bukan Bentu Penjajahan Baharu USA - PM


Persepsi bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan suatu bentuk penjajahan oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar adalah tidak benar sama sekali. Realitinya, penyertaan Malaysia di dalam TPPA adalah dengan mengambil kira sepenuhnya kepentingan serta pulangan jangka panjang perjanjian ini kepada negara dan rakyat Malaysia khususnya.

Perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan pelaburan langsung asing (FDI) bukanlah sesuatu yang baharu bagi Malaysia. Untuk makluman, Malaysia telah pun memeterai FTA dengan negara-negara seperti Jepun, China, Korea, India, Pakistan, Chile, New Zealand dan Australia. TPPA pastinya akan membuka lebih banyak ruang kepada Malaysia untuk meneroka pasaran baru di negara-negara TPPA terutamanya di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya membuat andaian bahawa perjanjian TPPA bakal menggadaikan negara kepada kuasa-kuasa besar. Malaysia tidak pernah dipaksa mahupun diberi tekanan untuk menyertai TPPA. Sebaliknya, penglibatan Malaysia di dalam TPPA harus dilihat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan untuk memastikan Malaysia kekal berdaya saing di medan ekonomi global .

Daripada 12 buah negara yang bakal menandatangani TPPA, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang membentangkan TPPA di Parlimen untuk diperdebat dan diraktifikasi. Justeru, jelas bahawa negara berpegang teguh kepada prinsip demokrasi dengan memastikan pandangan dan kebimbangan rakyat terhadap perjanjian TPPA diambil kira sebelum TPPA ditandatangani.
Menyedari akan impak positif TPPA terhadap perkembangan ekonomi dan perdagangan, pemimpin-pemimpin negara TPPA lain turut menyambut baik perjanjian ini. Oleh itu, kita seharusnya melihat liberalisasi perdagangan plurilateral sebagai suatu bentuk pembangunan positif dan bukannya ancaman kepada sistem dagangan global.

Selain itu, perjanjian perdagangan bebas seperti TPPA bukan sahaja dapat membuka pasaran kepada produk dan perkhidmatan, malah bakal membantu membangunkan perniagaan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di samping memberi pilihan barangan pada harga lebih murah kepada rakyat Malaysia. Penerimaan baik terhadap TPPA oleh negara-negara TPPA jelas menunjukkan bahawa mereka bersetuju bahawa perjanjian ini merupakan peluang terbaik untuk memajukan serta merancakkan perkembangan ekonomi negara mereka.

Berbanding dengan perjanjian perdagangan bebas yang sebelumnya, TPPA mengambil kira kepentingan isu-isu khusus kepada Malaysia dengan memberikan pengecualian di dalam hal-hal seperti hak Bumiputera, perolehan Kerajaan, syarikat milik Kerajaan dan sebagainya. Di samping itu, Malaysia mempunyai kebebasan untuk menarik diri daripada TPPA dengan memberi notis bertulis selama 6 bulan. Maka TPPA bukan kontrak yang mengikat Malaysia selama-lamanya. Sekiranya TPPA dilihat merugikan negara maka Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat berhak untuk menarik diri daripada perjanjian tersebut.-sumber

Jomo: Masih meneliti perjanjian... Kita follow apa yang diputuskan oleh kerajaan, rakyat meletakkan kepercayaan kepada pemimpin negara... Baik buruk TPPA, akhirnya anak cucu kita yang bakal terima akibatnya... Jadi, buatlah keputusan, solat istikarah, muhhasabah diri, lihat rakyat dan lihatlah Malaysia...

3 comments:

  1. Sudahlah najib, takde sapa nk percaya sama anda, benda ni macam gst juga,di war2 brg turun tapi hakikatnya? Lebih baik letak jawatan saja, rakyat dh menyampah! Lebih baik main golf dgn obama! 2.6 bilion dgn 42 juta apa kes? Pemakan dedak admin blog ni!



    Nek tempoyak

    ReplyDelete
  2. Kalau Najib yang buat memang dah tau benda tersebut tak baik. Senang je, tak petlu susah2 nk kaji. Persamaan dia mcm ni - Najib = melingkup, bukan Najib = Okay.

    ReplyDelete
  3. Bermula dengan 1malaysia, penghapusan ISA,1mdb, prima gst semuanya pelingkup negara. Kini dok war2kan tppa lak.. dasar pm banggng

    ReplyDelete