Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 25 January 2016

Awas! Ais Kosong RM0.80, Milo Air RM5.90-RM6.70, Peniaga 'Buas' Beri Keterangan Kepada KPDNKK...

25 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada dua pengusaha restoran di sebuah pasar raya yang mengenakan harga minuman terlalu mahal kepada pelanggannya.

Penolong Pengarah Kanannya, Yusof Bakar berkata, notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu, dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan di premis terbabit, pada Isnin.

Penguasa KPDNKK menunjukkan resit yang dikenakan kedua-dua restoran di Shah Alam

“Kedua-dua restoran itu didapati mengambil keuntungan berlebihan. Sebuah restoran didapati mengenakan milo ais pada harga RM5.90, sementara sebuah lagi restoran mengenakan milo ais pada harga RM6.70 dan air suam RM0.80.

“Di bawah notis ini, kedua-dua pengusaha restoran diberi tempoh seminggu untuk beri penjelasan dan jika gagal, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya selepas satu serbuan di restoran tersebut di Seksyen 13 Shah Alam.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna berwaspada dan berhati-hati berbelanja di restoran mengenakan harga makanan atau minuman yang tinggi.

Dua restoran di sebuah pasar raya besar di sini menerima notis tunjuk sebab kerana mengenakan caj melampau terhadap minuman milo ais dan air kosong.

“Kebanyakan pengusaha perniagaan berasaskan makanan dan minuman memberi contoh pelaksanaan GST, kos sewa dan utiliti yang tinggi sebagai alasan mereka mengenakan harga yang tinggi,” katanya.

Sejak Januari, Yusof berkata jabatan tersebut mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,700 kepada sembilan restoran kerana mengaut keuntungan berlebihan semasa Ops Catut di Selangor.

“Pada tahun lalu, kami menerima sejumlah 5,987 aduan dimana 1,987 daripada berkaitan GST. Sementara itu, bakinya berkaitan industri makanan dan minuman.

“Sebanyak 207 notis dikeluarkan pada tahun lalu dengan 28 kes membabitkan pencatutan. Antaranya, lima didakwa di mahkamah, lima dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk didakwa dan 10 lagi masih disiasat,” katanya.-sumber

Jomo: Kerajaan kena ambil tindakan! Bukan apa, akhirnya kita khuatir rakyat akan salahkan kerajaan walaupun ianya adalah disebabkan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab...

No comments:

Post a Comment