Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 28 January 2016

1MDB: Ini Prosedur Biasa Tak Perlu Persoal Keputusan Peguam Negara... @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Tahukah kita Peguam Negara punyai kuasa yang diperuntukkan di dalam perlembagaan persekutuan? Mungkin ada yang lupa, tapi, boleh semak perlembagaan persekutuan:

Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan. Peranan, tanggungjawab,perlantikan dan pemecatan beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu daripada perkara 145(1) sehingga perkara 145(4).

Antara kuasa,tanggungjawab, pernaan dan tanggung jawab: 

Perkara 145(3) pula memperuntukkan kuasa Peguam Negara yang boleh dijalankan mengikut budi bicaranya iaitu untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding jenayah yang membabitkan sesuatu kesalahan selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera. 
Perkara 145(3A) memperuntukan kuasa undang-undang untuk memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk menentukan mahkamah bagi menjalankan apa-apa prosiding dan peguam kuasa berkuasa untuk memulakan prosiding seperti yang diperuntukan dalam perkara 145(3) dan jika terdapat prosiding lain hendak dijalankan di mahkamah itu, maka prosiding itu perlu dipindahkan.

Jadi, dalam apa-apa perkara sekali pun kuasa Peguam negara memang sudah ada dalam perlembagaan. Ya! Sebelum ini kita lihat banyak isu-isu mahupun kes yang dihantar kepada Peguam negara dan selepas petafsiran dan penelitian mereka, jika PN mengatakan tiada kes, iannya tidak boleh dibawa ke mahkamah. banyak perkara yang perlu diambil kira dan ditafsirkan (Itu rujuk pertimbanagn dan kepakaran pejabat peguam negara) sebelum satu-satu kes dimajukan ke mahkamah...

Sama seperti kes-kes Polis, jika kertas siasatan telah disiapkan dan dihantar kepada pejabat peguam negara, penentuan kes samada perlu dibicarakan atau tidak adalah keputusan pejabat peguam negara... ini semua telah dipersetujui dan termaktub dalam perlembagaan...

Dalam kes 1MDB ini, penulis bersetuju dengan  Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai Peguam negara. Dalam websitenya:

Penyiasatan yang telus dan kecekapan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dana 2.6 bilion yang dihadapi oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak tak perlu di persoalkan.
By Admin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap dan menegaskan agar tiada individu-individu mempersoalkan kecekapan dan kebebasan institusi negara dalam isu SRC International dan dana 2.6 bilion. 
Peguam Negara menegaskan tiada sebarang kesalahan jenayah di lakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu SRC dan dana 2.6 bilion itu. 
Keterangan dan siasatan tidak menunjukan kesalahan jenayah mahu pun rasuah diatas sumbangan dana tersebut,yang diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sumbangan peribadi beliau diatas kredibiliti pimpinan dan kepercayaan keatas Perdana Menteri tanpa diminta sebarang pembalasan. 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,saya sendiri mengetahuinya kerana saya telah bertemu dengan penyumbang itu.Perdana Menteri sendiri memilih untuk menggunakan sumbangan itu sebagai faedah parti dan masyarakat yang memerlukan.
Dan jangan ada ahli-ahli politik merosakan reputasi kerajaan dan negara untuk tujuan politik peribadi kerana keutamaan negara perlu di utamakan.Kita perlu bersedia diserang oleh pihak lawan yang cuba merosakan reputasi dan tuduhan palsu dengan tujuan ingin menjadi pengganti. 
Berdasarkan keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan,bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah terhadap dana 2.6 bilion itu. 
Sehubung dengan perkara itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup kertas siasatan tersebut.-sumber
Jomo: kes telah ditutup, kita kena move on! Agenda ekonomi, keselamatan dan kerukunan hidup di negara ini adalah lebih penting.

1 comment:

  1. Tapi AG kerajaan tak berani ambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan salah laku, rasuah & penyelewengan 1MDB oleh WSJ,NYFT,SR & media antarabangsa?
    Masalah sekarang mereka dah pertikai kredibiliti AG melaksanaan undang-undang?

    ReplyDelete