Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 4 December 2015

Sistem Demokrasi: Terima Dana Politik Dibenarkan... Pembangkang Jangan HIPOKRIT! @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil pendirian telus dalam isu dana politik RM2.6 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang tampil mewakili kerajaan bagi menjawab buat kali pertama isu tersebut di Dewan Rakyat berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) telah dimaklumkan mengenai pembukaan akaun bank untuk menyimpan keseluruhan dana itu.

Malah katanya, Suruhanjaya Pen­ce­gahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Ogos lalu juga sudah menjelaskan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri itu bukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya ingin menjelaskan di sini dalam sistem demokrasi, amalan menerima dana politik dibenarkan kepada parti politik termasuk buat pembangkang. Realitinya di negara maju juga derma politik diberi secara umum.

“Janganlah ada pihak menuding jari dan berpura-pura tidak memerlukan dana politik kerana dalam sistem demokrasi dana politik bukan perkara baru,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun Ahmad Zahid berkata, disebabkan isu dana politik tersebut masih dalam siasatan agensi pihak berkuasa, kerajaan akur dengan nasihat Peguam Negara agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri sendiri sebenarnya sejak 2009 lagi telah menyatakan kesediaan beliau supaya pembiayaan politik dikawal selia, tetapi cadangan tersebut ditolak pembangkang.

Katanya, akibat penolakan pembangkang itu, sehingga kini tiada undang-undang khusus dalam negara yang dapat dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa bagi mengurus pembiayaan dana politik.

“Memandangkan isu derma telah mendapat perhatian umum dan pelbagai reaksi, Perdana Menteri pada tahun ini sekali lagi mengenengahkan semula cadangan asal untuk mengawal selia pemberian dana politik dengan menubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan,” katanya.-sumber

JOMO: Pembangkang ni jenis hipokrit... Bila muncul isu ini mereka diam membisu, walhal dana politik ini diterima oleh semua parti politik dalam sistem demokrasi... 

Ramai Main Wayang ni!

No comments:

Post a Comment