bendera Umno

SHAH ALAM - Perhimpunan Agung Umno 2015 yang bakal berlangsung pada 8 Disember ini dijangkakan lebih sedikit mencabar jika dibandingkan dengan perhimpunan terdahulu.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, ini kerana beberapa isu seperti ekonomi negara, isu-isu dikaitkan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan perselisihan dalaman parti menjadi agenda utama untuk diselesaikan. 

“Apa sahaja isu hangat yang berlegar dalam kalangan rakyat dan ahli Umno akan menjadi tumpuan sepanjang perhimpunan,” katanya, semalam.

Menurutnya, Perhimpunan Agung Umno kali ini perlu menjadi platform bagi memberi penjelasan, penerangan dan menjernihkan semula keadaan.

“Umno perlu mengambil pendekatan mengelakkan perpecahan daripada berlaku. Pengukuhan parti menerusi akar umbi dengan pemimpin perlu dilakukan bagi memastikan kelangsungan politik Umno.

“Namun semua ini hanya akan mematangkan Umno sebagai parti politik terbesar di negara ini” katanya.

Ditanya mengenai peraturan kepada media untuk membuat liputan, beliau berkata wujud transformasi mengelakkan laporan di manipulasi.

“Dari satu sudut, ia mungkin beri kesan buruk kepada imej parti kerana seolah-olah cuba mengawal laporan dari media.

“Tetapi di suatu sudut, ia pendekatan Umno mengelakkan fitnah dan menjadi alat oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkaitan ucapan penggulungan perhimpunan hanya diberikan kepada Najib dan bukan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sivamurugan berpendapatan Umno perlu mengkaji semula tradisi tersebut.-sumber

JOMO: Perlu berlaku adil untuk semua... Perhimpunan untuk kita dapatkan idea bernas dari semua ahli... Sekatan idea hanya mengundang kepada kecelaruan dalam UMNO... Saya pasti, UMNO bersedia menghadapi apapun cabaran yang mendatang...