Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 9 December 2015

Najib jelas soal RM2.6b, 1MDB, ekonomi kepada perwakilan UMNO #PAU2015



KUALA LUMPUR : Isu dana RM2.6 bilion, masalah dihadapi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta cabaran ekonomi semasa adalah tiga perkara utama yang disentuh Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan amanat kepada perwakilan UMNO di Dewan Merdeka, malam ini. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata setiap perkara itu diperjelas berserta fakta oleh Perdana Menteri. Berhubung cabaran ekonomi, Zahid berkata Presiden UMNO itu memperbetulkan fakta yang sudah diseleweng menerusi serangan daripada pelbagai pihak yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara miskin dan rakyat menjadi pengemis. 

Katanya, Najib turut menjelaskan bahawa pelan rasionalisasi 1MDB bagi mengurangkan bebanan hutang syarikat itu kini berjalan dengan baik. "Najib turut menyentuh berkenaan keputusan 1MDB menjual aset tenaganya, Edra Global Energy Berhad kepada syarikat asing dengan menyatakan bahawanya ia bagi mengelakkan timbul soal 'bail out' kepada kerajaan jika TNB diberi peluang ambil alih," katanya. 

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sesi taklimat itu berjalan dengan baik dan semua perwakilan dilihat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh presiden.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/103313

4 comments:

  1. Agak-agak kalau ada polis prevet drive bran new BMW 6 siri,
    bila Ketua Polis tanya, ketqa sapa tu? Polis tu jawab, keta saya.
    Mana dapat duit, beli keta tu sebab gaji polis prevet cuma RM1,500.
    Keta BMW 6 siri tu more than Rm 500K.
    Dia jawab ada orang baik hati derma keta tu kat saya.
    Agak-agak OK tak jawapan tu.........?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. Mesti OKkan.....hehehe.
    Lepas ni semua orang boleh mintak derma masuk akaun sendiri.
    Polis, kastam, imigresen, kakitangan Majlis Perbandaran,
    Pegawai Daerah semua boleh masukkan DERMA terus ke akaun
    pribadi. Lulus jarum, lulus kelindan...........KIHKIHKIH

    ReplyDelete
  3. Mintak derma masuk akaun sendiri tak boleh rasanya....... tapi kalau orang dah nak bagi ambik ajele. Tak heran PATI bersepah, tak sokong GST, Gerai melayu kena roboh, Tanah rezab melayu tergadai, Malaysia jadi transit dadah, kegiatan haram berleluasa ............... dan kes jenayah semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete