Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 9 December 2015

Laluan Khas Usahawan Wanita hendaklah diwujudkan di semua bank dan institusi kewangan di negara ini #PAU2015


KUALA LUMPUR: Laluan Khas Usahawan Wanita hendaklah diwujudkan di semua bank dan institusi kewangan di negara ini sebagai kemudahan kepada mereka berurusan dan memajukan diri sebagai usahawan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mencadangkan perkara itu, berkata selain membantu menguruskan pinjaman, kemudahan itu juga dapat memperkukuhkan ekosistem ekonomi untuk usahawan wanita di seluruh negara.

“Saya mencadangkan Gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz) yang juga seorang wanita, meneliti dan menambah baik polisi kewangan untuk wanita terutamanya dalam bidang keusahawanan dengan mewujudkan Laluan Khas Usahawan Wanita di semua bank dan institusi kewangan,” katanya.

Shahrizat memberi cadangan itu semasa menyampaikan ucapan dasar, sekali gus merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Shahrizat yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita (KIW) di Jabatan Perdana Menteri, berkata golongan wanita masih memerlukan khidmat nasihat dan dorongan bagi meningkatkan keyakinan diri walaupun mereka mempunyai bakat dan potensi. – BERNAMA

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete