Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 9 December 2015

Kuatkan Semangat Dan Iltizam Demi UMNO


Insya-Allah, bermula hari ini kita akan mula bersidang di Perhimpunan Agung UMNO 2015. Saya harap perhimpunan ini akan dijadikan sebagai sebuah platform untuk kita menguatkan semangat dan iltizam ahli-ahli parti berjuang memastikan UMNO kekal relevan.

Setiap perhimpunan ada cabarannya yang tersendiri, mungkin pada tahun lalu isunya Akta Hasutan, tahun ini isunya berbeza. Saya akui, dari segi politik, tahun ini suhunya lebih panas, tetapi ini semua saya anggap sebagai sebahagian daripada asam garam dalam dunia politik.

Dalam persiapan untuk Perhimpunan Agung ini, ada juga kedengaran suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa UMNO tidak lagi demokratik, atau tidak lagi memberi ruang untuk bersuara. Ini tidak benar sama sekali.

Sekiranya mereka masih ingat, di bawah kepimpinan Presiden UMNO yang terdahulu dan dalam Perlembagaan UMNO yang lama, sesiapa yang ingin bertanding untuk jawatan Presiden memerlukan pencalonan daripada 63 bahagian.

Sekiranya saya ingin jalan mudah, saya kekalkan Perlembagaan lama. Tetapi saya berpendirian bahawa UMNO harus lebih terbuka dan demokratik, maka saya mengubah Perlembagaan UMNO tersebut di mana saya telah dipilih oleh 160,000 perwakilan pada peringkat akar umbi, jauh lebih ramai daripada mereka yang berada dalam Dewan Merdeka atau pun mempunyai syarat-syarat seperti syarat kuota untuk bertanding dan sebagainya.

Berkaitan persepsi bahawa ada cubaan untuk mengongkong ahli daripada berbincang, bersuara menyampaikan pendapat dan sebagainya, ingin saya jelaskan bahawa cadangan penukaran format persidangan tahun ini ditukar dengan Timbalan Presiden tidak lagi membuka persidangan sayap-sayap UMNO datang daripada Ketua-ketua Sayap sendiri.-sumber

Mereka telah berbincang mengenai perkara ini terlebih dahulu di peringkat exco dan bersetuju untuk membawanya ke Majlis Tertinggi. Yang diutamakan adalah mesej kepada perhimpunan kelak, supaya mesej tersebut bersifat kolektif, satu suara sahaja atas nama kepemimpinan parti kita.

Seperti mana juga presiden-presiden atau Perdana Menteri sebelum saya, saya berpegang kepada prinsip bahawa timbalan presiden dan Timbalan Perdana Menteri perlulah selari dengan Presiden dan Perdana Menteri. Tetapi ini bukan bermakna sebagai seorang timbalan, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh berbeza pendapat dengan saya.

Saya bersikap terbuka dalam forum tertentu, dalam perjumpaan tertutup, bersama presiden, timbalan presiden, kita boleh berbincang, kita boleh tidak bersetuju pun. Tetapi bila kita berdepan dengan orang ramai, kita mesti mempertahankan keputusan yang dibuat oleh parti.

Berkenaan 1MDB, taklimat mengenai isu ini telah pun diberikan kepada anggota-anggota Kabinet. Malah, sekarang ini pelbagai majlis penerangan diberikan oleh Ketua Eksekutif 1MDB sendiri. Maka, tiada alasan sebenarnya bahawa maklumat penuh mengenai 1MDB ini tidak diberikan.

Masalah utama yang melanda 1MDB adalah kerana isu ini telah terlalu dipolitikkan. Benar, 1MDB ada hutang, tetapi aset yang dimiliki melebihi hutang tersebut. Dan kita turut mempunyai pelan rasionalisasi untuk menyelesaikan masalah ini.

Malah, andainya tawaran awam permulaan (IPO) pada bulan November 2014 dapat kita lancarkan, kita mungkin tidak memerlukan pelan rasionalisasi tersebut. Tetapi, akibat daripada isu ini dipolitikkan, sentimen menjadi terlalu negatif, bermakna suasana pada ketika itu tidak menggalakkan para pelabur untuk membeli saham-saham atau melabur dalam 1MDB.

Oleh kerana itulah IPO tidak dapat kita lancarkan, bermakna hutang tidak dapat kita kurangkan. Tetapi bila pelan rasionalisasi diumumkan, Kabinet bersetuju untuk memberikan masa bagi menyelesaikan masalah 1MDB, dan kita dapat lihat tanda-tanda bahawa memang isu ini boleh diselesaikan, terutamanya apabila Edra telah dijual dan nilai hutang susut lebih kurang RM17 bilion.

Antara isu lain yang sering dibangkitkan adalah berkaitan dana RM2.6 bilion. Ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa duit tersebut bukan duit awam atau duit 1MDB. Perkara ini juga telah disahkan oleh SPRM sendiri. Selain itu, penderma telah disahkan dan telah pun ditemui oleh SPRM dan SPRM turut telah mengambil kenyataan daripada mereka.

Semasa akaun berkaitan dana tersebut diwujudkan, Bank Negara Malaysia telah dimaklumkan, bermakna tiada niat langsung untuk menipu atau melakukan sesuatu yang di luar undang-undang negara. Penderma tersebut juga menderma dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan, timbal balas, dan mereka juga menganggap ia bukan satu rasuah, sebaliknya adalah satu derma, bermakna ia tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang.

Jumlah tersebut didermakan ke dalam akaun peribadi saya adalah atas kehendak penderma. Tetapi, jangan salah ertikan, akaun itu atas nama saya tetapi bukanlah bermakna wang tersebut untuk kegunaan peribadi saya. Saya telah melakukan apa yang saya fikirkan dengan rasa penuh tanggungjawab, dan saya yakin bahawa setelah siasatan berjalan sepenuhnya, bahawa kebenaran akan timbul pada kesudahannya, Insya-Allah.

Salah satu cabaran utama yang kita hadapi kini adalah media sosial. Media sosial ini yang mempengaruhi pendapat rakyat, pemikiran rakyat dan itu menyebabkan kita berhadapan dengan cabaran yang lebih besar berbanding dengan masa lalu.

Contohnya, suara-suara sumbang dalam media sosial dan beberapa pihak yang lain menyatakan bahawa keadaan ekonomi di Malaysia akan diberikan penarafan negatif atau downgrade, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Badan-badan seperti Bank Dunia dan IMF; dan juga badan-badan penarafan seperti Standard and Poor; Moody’s dan Fitch, kesemua badan-badan ini memberi kesimpulan dan penarafan sama ada untuk mengekalkan penarafan atau menaikkan penarafan kepada lebih positif. Malah, mereka memberikan pujian kepada Malaysia dari segi pengurusan ekonomi.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah kurang penghargaan terhadap perkara baik yang dilakukan oleh Kerajaan.

Selain itu, terdapat juga kecenderungan untuk pihak-pihak tertentu mengeluarkan pendapat negatif dan kontra, meskipun mereka ini bukan pakar dalam bidang tersebut. Bermacam-macam pendapat yang dikeluarkan, kita harus sedar bahawa ini adalah pendapat, atau opinion dan bukanlah fakta sebenar.

Saya berharap kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO, berikan keyakinan kerana suasana perhimpunan ini dipandang dan dilihat oleh bukan sahaja rakyat negara, tetapi juga oleh mereka di luar negara.

Kita ingin supaya imej parti yang kita paparkan adalah imej parti yang berkuasa. Bahawa kita ahli parti yang penuh tanggungjawab dan mampu menjaga kepentingan parti kita. Kita mahu parti kita disegani, dan dihormati oleh kawan dan lawan.-sumber

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete