Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 18 December 2015

Hot! Tun M Pun Pernah Arahkan Saya... - Mufti Perak

Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memintanya agar mencari jalan bagi menyatukan Pas dan Umno. 

Harussani berkata, beliau menerima cadangan Dr Mahathir itu dan terus berjumpa dengan Pas dan Umno dan hasil pertemuan itu ada 'sinar'. 

"Saya juga telah diminta dulu oleh Dr mahathir, beliau sendiri suruh cari jalan agar dapat menyatukan (Pas-Umno). 

"...dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) juga ada bincang dengan saya perkara sama, cubalah tengok (Pas-Umno) dan....alhamdulillah saya pernah menemui orang ini dan semuanya, bersetuju untuk dapat kita bersatu, insya-ALLAH. 

"Saya juga ada jumpa Pas, semua sekali Alhamdulillah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season hari ini. 

Mengulas lanjut, Harussani ketika diminta mengulas mengenai erti 'ada sinar' itu, beliau berkata perkara itu mungkin boleh dibawa ke meja perbincangan lagi. 

"Saya lihat ada titik pertemuan mungkin caranya  boleh dibincangkan kemudian. 

‎"Alhamdulillah saya merasakan ada kesedaran diantara ahli-ahli politik kita dalam negara kita baik dari segi Umno atau Pas,  mereka semuanya bersemangat Islam  semuanya," katanya. 

Polemik antara kesepaduan Pas dan Umno muncul semula selepas Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak 'menghulurkan tangan' untuk menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua parti itu pada Perhimpunan Agung Umno lalu.-sumber

Jomo: Kesedaran Politik yang perlu disemai dalam pemikiran pemimpin Melayu/Islam demi kemaslahatan Ummah...

No comments:

Post a Comment