Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 9 December 2015

Elak perpecahan, ahli Wanita UMNO digesa terus sokong kepimpinan Najib #PAU2015


KUALA LUMPUR: Ahli dan pemimpin Pergerakan Wanita UMNO digesa memberikan sokongan tanpa belah bahagi kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak supaya struktur parti terus kukuh dalam meneruskan perjuangannya.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sebagai ahli Wanita, menjadi tugas mereka untuk menjadi 'tulang belakang' parti.

"Saya minta semua ahli Wanita berikrar untuk terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib supaya parti kita tidak berpecah," kata Shahrizat.

Tambah beliau, ahli UMNO perlu menerima hakikat bahawa dalam dunia ini, tiada yang kekal.

"Saat demi saat, keadaan sentiasa berubah, apatah lagi kita dalam arena politik.

"Perubahan itu datang dengan pelbagai rupa. Kadangkala kita yang membawa perubahan, dan ada kalanya kita terpaksa menerima perubahan," katanya.

Tegas Shahrizat, yang penting, sebagai pemimpin UMNO apa jua perubahan yang kita pelopori mahupun yang terpaksa kita lalui, mesti berpaksikan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya bertemakan 'Wanita Tunggak Penyatu UMNO' ketika merasmikan Sayap Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu.-sumber

2 comments:

  1. Tak sedar diri shahrizat ni, dah ditolak rakyat pn masih tk sedar! Projek ternakan lembu kondo ada untung tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete