Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 18 December 2015

Berita-Berita Terkini!

KOTA TINGGI 18 Dis. - Empat maut dalam kemalangan membabitkan kereta Proton Satria dan Proton Saga FLX yang bertembung di Kilometer 56.7 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini awal pagi tadi.
Empat termasuk suami isteri didakwa edar ganja...

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Empat individu termasuk seorang wanita yang baru keguguran anak dan suaminya, seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan mengedar 2,060 gram ganja minggu lalu.
Pihak ketiga perlu satukan UMNO dan Pas...

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Pihak ketiga perlu memainkan peranan bagi memastikan perpaduan antara UMNO dan Pas menjadi kenyataan demi kepentingan orang Melayu dan agama Islam.
Bekas pengarah, COO, bebas 134 tuduhan menipu...

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Seorang bekas pengarah syarikat Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ) dan bekas Ketua Pegawai Operasinya (COO) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 134 tuduhan menipu pegawai bank menggunakan dokumen palsu membabitkan lebih RM67 juta, tiga tahun lalu.

Fitch kekal penarafan Malaysia pada ‘A-’...


SINGAPURA 18 Dis. - Fitch Ratings mengekalkan penarafan Malaysia pada 'A-' dengan unjuran stabil.
Balu dan tiga anak dibenar kemuka saman...

PUTRAJAYA 18 Dis. - Balu kepada mendiang penyiasat persendirian (PI), P. Balasubramaniam dan tiga anaknya boleh memulakan tindakan saman terhadap usahawan permaidani, J. Deepak berkaitan dakwaan kehilangan pendapatan kerana terpaksa hidup dalam buangan di India selama lima tahun.
Peniaga dalam talian terlepas hukuman gantung...

TAIPING 18 Dis. - Seorang peniaga dalam talian terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memiliki dadah tiga tahun lalu.
Malaysia boleh pimpin perpaduan Islam di dunia...

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Malaysia adalah negara Islam yang paling berpotensi dalam mengetuai perpaduan umat Islam di seluruh dunia berdasarkan kepada kejayaan negara ini membangunkan agama itu secara berterusan.
Suami isteri didakwa edar cecair kanabis...

KUALA LANGAT 18 Dis. - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan mengedar cecair kanabis pada 7 Disember lalu.
Agong kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 132 penerima...

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan tahun 2015 kepada 132 orang penerima.
Berhenti PDRM, jika tidak mahu 
berkhidmat kepada rakyat – Jalaluddin...

 JALALUDDIN ABDUL RAHMAN (kiri) menarik tirai merasmikan Dewan 
KOTA KINABALU 17 Dis. – Para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak mahu berkhidmat untuk rakyat terutama berkenaan hal-hal penyiasatan sesuatu kes dinasihatkan berhenti.
Najib hulur salam perpaduan kepada Pas...


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa kepenti­ngan perpaduan dan kesatuan ummah bukan lagi satu pilihan tetapi wajib ditaati kerana umat Islam akan terjebak dalam kemudaratan jika berlaku perpecahan dan perbalahan sesama mereka.
Cecair, aksesori vape dirampas...


JOHOR BAHRU 17 Dis. – Sejumlah 6,924 botol cecair vape dipercayai mengandungi nikotin dan 190 unit aksesori rokok elektronik itu dengan jumlah keseluruhan RM380,385 dirampas dalam operasi bersepadu di tiga lokasi berasingan di sini kelmarin.
Syiah ajaran terkeluar daripada agama Islam...

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Umat Islam perlu menyedari bahawa ajaran Syiah bukan sebuah mazhab atau aliran dalam Islam tetapi sebuah agama yang terkeluar daripada Islam kerana ia membabitkan soal akidah.
Cahaya perpaduan semakin terang – Asyraf Wajdi...
  
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Umat Islam di negara ini perlu mencontohi ke­terbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mengetepikan perbezaan ideologi politik demi perpaduan Islam.
5 syor kepada Alumni Al-Azhar...

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan supaya alumni Universiti Al-Azhar dan seluruh pemimpin Islam meneruskan usaha proaktif bagi merealisasikan perpaduan ummah merentasi ideologi politik.
Keikhlasan UMNO, Pas memungkinkan kerjasama...

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Keikhlasan menjadi faktor utama bagi kedua-dua parti UMNO dan Pas untuk saling bekerjasama. Ke­tua Dewan Ulama Pas , Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, walaupun masing-masing mempunyai masalah dalaman parti, namun itu tidak menghalang dan boleh menggugat untuk kedua-dua parti bekerjasama.
Jangan biar bahasa Melayu hilang keaslian...

JAKARTA 17 Dis. - Pihak-pihak berkuasa mengenai bahasa di Malaysia dan Indonesia diingatkan supaya segera membetulkan hala tuju bahasa di kedua-dua negara itu agar tidak hilang keasliannya ekoran di­resapi bahasa asing.
Peniaga rayu tarik balik keputusan...

KOTA BHARU 17 Dis. – Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVMM) Kelantan merayu Kerajaan Pas Kelantan supaya menarik balik keputusan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ni.
Kaji baik, buruk media sosial...

 Sayed MUNAWAR SAYED MOHD. MUSTAR (kiri) serius mengajukan soalan 
MELAKA 17 Dis. - Kerajaan perlu melaksanakan satu kajian khusus bagi mengenal pasti kesan baik atau buruk peranan media sosial terhadap masyarakat di negara ini...

Selanjutnya baca rujukan di sini

No comments:

Post a Comment