Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 27 November 2015

Amaran PKR Kepada PAN dan DAP...

PETALING JAYA: PKR memberi amaran kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan PAN untuk tidak melaga-lagakan pimpinan dalam parti itu.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata semua rakan sekutu parti pembangkang itu juga perlu menghormati setiap keputusan yang dilakukan parti itu walaupun tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Katanya, parti itu membudaya dan meraikan perbezaan pandangan dan tidak akan sesekali mengizinkan sebarang usaha yang akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan pimpinan dan ahli parti berkenaan.

"Kita menyambut PAN dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan PAN akan terus dibina dan diperkukuhkan.

"PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak.

"Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR di sini, sebentar tadi. BH

Jomo: Semakin hari semakin retak. Hanya tunggu jatuh rebah sahaja! :)

No comments:

Post a Comment