Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 3 October 2015

Ringankan Beban 3000 Pelarian Syiria! Malaysia Sedia Bantu @Zahid_Hamidi

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menawarkan penempatan dan peluang pekerjaan sementara kepada 3,000 pelarian Syria serta akses pendidikan kepada anak-anak mereka semasa berada di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penerimaan pelarian berkenaan menunjukkan sikap keperimanusiaan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap nasib yang menimpa rakyat Syria.
    
"Yang penting adalah perlindungan kepada mereka dan keluarga, dan kita akan memikirkan beberapa pendekatan tentang memberikan pendidikan untuk anak-anak mereka juga.

"Kita gunakan pengalaman lalu supaya penempatan, pendidikan dan peluang pekerjaan sementara dapat diberikan kepada mereka sehingga keadaan (kembali) aman di Syria dan mereka dapat pulang ke negara asal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Asean Mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Ekstremisme Ganas di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sesi Ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis, mengenai kesediaan Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.

Najib berkata, negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan rakyat Syria terpinggir yang melarikan diri dari negara mereka dalam jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia mempunyai pengalaman dalam memberikan bantuan kepada rakyat negara bergolak termasuk Bosnia Herzegovina sehingga diberikan pujian di peringkat antarabangsa.
    
"Kita dapat lihat pelajar Bosnia ketika itu yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa kini sudah menjadi pemimpin utama di Bosnia dalam politik dan korporat serta (ada juga yang menjadi) profesional," katanya.

Justeru itu, katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama perlu memberikan sokongan kepada rancangan Malaysia membantu rakyat Syria berkenaan.
    
Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen akan menguruskan kemasukan pelarian Syria melalui Akta Imigresen sedia ada.
    
Ahmad Zahid berkata, kementerian juga akan mengadakan kerjasama dengan International Organisation for Migration dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi mengeluarkan kad pelarian yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.
    
Ditanya bila pelarian berkenaan tiba di Malaysia, katanya beliau akan mengadakan perbincangan lebih lanjut mengenai perkara itu dengan Perdana Menteri selepas beliau pulang dari luar negara.

"Lokasi penempatan rakyat Syria berkenaan juga belum diperincikan," katanya. - Bernama

JOMO: Maalaysia punyai pengalaman dalam hal ini... Semoga ianya juga menjadi ikutan oleh negara-negara lain...

3 comments:

  1. Moga Tuhan balas dgn memberi kebaikan yg bnyk kpd negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah menolong orang yang menolong dirinyo sendiri-kalo tak salah eden. Ini ado dalam Al Quran. Jadi kito mosti tolong rakyat kito dulu baru tolong oran lain. Negaro telok tak cakap apo pun mengapo kito yang jauh ni nak sangat dipuji tolong oran. Zahid look at your backyard first before helping others. The flood victims have not been properly recovered and now you bring 3000 Syrians? What about the more than 3 million illegals that are still in the country? And you Zahid announced to bring in Bangldeshi to the tuen of more than 20,000? Ridiculous or shall I say mad gomen.

      Delete

    2. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Delete