Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 2 October 2015

Malaysia Kecewa Tribunal Khas MH17 diTolak...

2 OKT: Malaysia melahirkan rasa kecewa apabila resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penubuhan tribunal khas untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan Malaysia Airlines, MH17 di Ukraine tahun lalu ditolak.

bangkai mh17 2Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di sesi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu ke 70 di New York berkata, Malaysia bagaimanapun akan terus mencari pilihan undang-undang yang lain demi menegakkan keadilan buat keluarga mangsa.

Tegas Najib, tindakan menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB itu tidak mematahkan usaha Malaysia untuk meneruskan usaha menyelesaikan persoalan mengenai nahas tersebut

“Kami benar-benar kecewa apabila resolusi yang dicadangkan untuk penubuhan tribunal antarabangsa bagi membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan telah ditolak menerusi veto.

“Kami akan terus berusaha menegakkan keadilan menerusi jalan undang-undang lain kerana kami terhutang kepada keluarga mangsa.

“Kami terhutang dengan keluarga mangsa, yang terbunuh dalam nahas MH17. Tetapi sama ada ia ada mengenai pembaharuan PBB, menangani pelampau, berurusan dengan pendatang, usaha secara bersama adalah sangat perlu,” tambah Najib dalam ucapannya.

Sebelum ini pada Julai, Rusia menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi majlis keselamatan PBB bagi penubuhan tribunal khas bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17 di Donetsk, Ukraine.

Moscow sebaliknya merangka resolusi pilihan yang tidak memasukkan sebuah tribunal tetapi meminta siasatan penuh antarabangsa.

 Pada 17 Julai 2014, penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh semasa berada di timur Ukraine, membunuh kesemua 298 penumpangnya.-sumber

1 comment:


  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete