Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 6 October 2015

Jerebu Isu Nasional! Settle Masalah Jerebu 3 Tahun Oleh Indonesia Terlalu Lama... - DS @Zahid_Hamidi


Sehingga semalam: Sebanyak 19 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam ini, demikian menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kawasan itu adalah Pasir Gudang (107), Alor Setar (116), Sungai Petani (118), Langkawi (152), Bandaraya Melaka (117), Bukit Rambai (114), Port Dickson (111), Jalan Tasik, Ipoh (103), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (122), Kampung Air Putih, Taiping (119) dan Seri Manjung (123). Turut mencatat bacaan IPU dalam kategori sama ialah Kangar (110), Perai (110), Seberang Jaya 2, Perai (123), Universiti Sains Malaysia (128), Banting (102), Kuala Selangor (112), Pelabuhan Klang (107) dan Shah Alam (107). -selanjutnya

Dalam laporan yang berbeza bagi mengatasi masalah jerebu perlu ada tindakan segera daripada pihak indonesia... ini kerana, setiap kali berlaku pembakaran secara berskala besar ianya turut memberi kesan kepada negara jiran Malaysia iaitu jerebu...

Kesanya? Ada sesi persekolahan dan pembelajaran di Universiti terpaksa dibatalkan akibat jerebu yang teruk dan merbahaya... Pastinya ia menimbulkan kesan-kesan lain kepada pihak sekolah dan Universiti... Udara yang tidak bersih juga mengakibatkan masalah kesihatan kepada rakyat...


Dato Seri Zahid Hamidi dalam Utusan malaysia;

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Indonesia digesa mencari jalan penyelesaian segera dan berkesan bagi mengatasi masalah je­rebu yang semakin teruk melanda negara sehingga hampir semua sekolah terpaksa ditutup selain bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dicatatkan di Shah Alam, Selangor yang melebihi 300 atau pada tahap berbahaya. 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tempoh tiga tahun yang dinyatakan Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk mengatasi je­rebu terlalu lama memandangkan saban tahun Malaysia akan menjadi mangsa kepada masalah itu yang turut mendatangkan kerugian dalam sektor ekonomi dan meningkatkan kos rawatan perubatan. 
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Indonesia perlu menterjemahkan komitmen untuk mengatasinya dalam jangka panjang termasuk penguatkuasaan yang tegas bukan hanya merancang di atas kertas atau mengeluarkan kenya­taan-kenyataan yang menjadi halwa telinga tetapi tiada tindakan diambil. 
“Malaysia mengalu-alukan langkah itu namun tiga tahun mungkin terlalu lama kerana setiap kali pembakaran terbuka dilakukan oleh pekebun-pekebun di negara ber­kenaan, kita seolah-olah tidak me­lakukan usaha untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak negara berkenaan. 
“Kami sangat berterima kasih dengan Indonesia jika berbincang dengan negara-negara rakan ASEAN untuk mengambil langkah panjang bagi mengatasinya dengan harapan komitmennya bukan hanya di atas kertas atau menjadi halwa telinga, tetapi diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang boleh mengakhiri semua permasalahan ini,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program bual bicara U-Turn di Ibu Pejabat TV Al-Hijrah di sini hari ini.-sumber

JOMO: Perlu ada tindakan segera dan cepat oleh Indonesia bagi mengatasi masalah ini! takkan rakyat Malaysia nak hadapi jerebu akibat pembakaran setiap tahun...? Moga ada penyelesaiannya...

1 comment:


  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete