Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 7 October 2015

HOT! Seramai 2,284 guru di Sabah mohon balik negeri... @NajibRazak @musahjaman


KOTA KINABALU: Seramai 2,284 guru yang mengajar di Sabah memohon untuk balik mengajar di negeri masing-masing sehingga 1 Oktober lalu. Perkara itu diumumkan Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip, selepas melancarkan inisiatif pengumpulan data 90:10 peringkat negeri di Likas, dekat sini, hari ini

 "Pada tahun hadapan kita ada ramai guru yang memohon untuk balik mengajar di negeri masing-masing. "Dalam masa sama, 394 guru berasal dari Sabah yang mengajar di negeri lain juga memohon untuk balik ke sini," katanya. 

Jame berkata, kini terdapat lebih 1,000 kekosongan guru berikutan mereka yang berkhidmat, balik ke negeri masing-masing. "Inisiatif pengumpulan data adalah untuk mengumpul data graduan pendidikan yang tercicir dan berminat menjadi guru. 

"Ia bagi merealisasikan hasrat untuk memperoleh 90 peratus guru di Sabah terdiri daripada anak tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang,". "Jabatan mensasarkan 17.9 peratus atau 2,621 guru sekolah menengah manakala 9.8 peratus atau 2,589 guru sekolah rendah terdiri dari kalangan anak tempatan," katanya. 

Jame juga berkata, kini wujud kekurangan guru anak tempatan yang mengajar pendidikan Islam di Sabah ketika ini. Beliau berkata, sehingga kini sekolah masih memerlukan guru agama dari negeri lain. "Misalnya di Likas, terdapat 11 sekolah agama, tetapi mereka yang belajar aliran agama tidak ramai yang mahu menjadi ustaz atau ustazah," katanya. 

Jame juga berkata, Sabah kekurangan guru tempatan yang mengajar aliran lain termasuk sains dan kaunseling. "Kita memerlukan lebih 200 guru mengajar sains di samping guru kaunseling," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/86917

JOMO: Dari satu aspek, saya kurang bersetuju mengenai perkara ini! Sepatutnya integrasi antara semenanjung dan borneo perlu terus disuburkan... Sebagai seorang pendidik sepatutnya mereka telah bersedia dari segi mindset semasa di IPG/IPT lagi... Bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja!

Amat susah untuk memutuskannya, namun, hal melibatkan keluarga itu adalah lebih penting... Walau bagaimanapun, perkara melibatkan integrasi semenanjung borneo, integrasi kaum jangan pernah dipandang kecil... Perkara ini mesti terus subur di negara kita!

4 comments:

  1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    ReplyDelete
  2. Duduk Sabah, campur campur org tempatan seronok bah.
    Ramai jugak yg ndak mau balik Semenanjung lg.
    Sesetgh kenalan aku kawen org Sabah, sudah jadi org Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok Sabah jgn kuang ajo..

      Delete
    2. Duduk mana2 pun jgn kuang ajo...

      Delete