Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 2 October 2015

Hot! Orang PAS Baru Sedar Hakikat DAP Zalim Henti Bantuan Sekolah Agama...

hiasan
Kerajaan DAP Pulau Pinang menghentikan bantuan kepada beberapa sekolah agama rakyat di negeri itu, kata Dewan Ulama PAS Pusat.

Sambil meminta penjelasan lanjut dakwaan bantuan bahawa ada bantuan untuk sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beberapa buah sekolah agama persendirian itu telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan.

Bahkan, katanya surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik.

Justeru, tegasnya Dewan Ulamak PAS Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli PAS kerana sentimen politik.

"Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan media.-sumber

JOMO: UMNO dari dahulu dah pesan, kalau berkawan kena kenal dengan siapa kamu berkawan... DAP berpuluh-puluh tahun lawan kamu, takkan lah mereka secara tiba-tiba mahu bersama kamu... Sekarang, baru kenal siapa lawan siapa kawan!

2 comments:

  1. Itu la...dia bagi bantuan bukan utk islam...tapi atas kepentingan politik...dah x ada kepentingan...ke tepi lah kamu.
    ITULA..DULU CANANG BETAPA BAIKNYA DAP

    ReplyDelete
    Replies

    1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Delete