Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 23 September 2015

Tubuh Pakatan Baharu! Azmin Kebal di Selangor, Ramai tak Berani Bersuara...?


23 SEPT : Rasmi sudah Pakatan Harapan – pakatan terbaru pembangkang selepas Pakatan Rakyat (PR) terkubur.

Jika selama ini, PKR, DAP dan PAS tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain di bawah bumbung PR, kini PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia yang mahu ditukar kepada Parti Amanah Negara (Amanah) boleh tidur sebilik.

dap vs pasKehadiran Amanah paling dialu-alukan DAP apabila Penasihat parti itu, Lim Kit Siang menyifatkan Amanah atau PAN lebih setia daripada PAS.

Ini semua memang dijangkakan kerana DAP dan PAS paling tidak sebulu dalam PR tambahan pula selepas kematian Mursyidul Am  Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

DAP amat memendam rasa terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga parti itu membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan beliau.

DAP tahu amat sukar mereka mencucuk hidung Hadi tambahan pula selepas golongan ulama kembali menguasai saf pimpinan PAS.

Justeru itu, DAP tentu amat mengalu-alukan kehadiran Amanah yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu serta beberapa lagi pemimpin yang tewas pada pemilihan PAS beberapa bulan lalu.

Golongan yang kecewa ini termasuk beberapa ahli parlimen sanggup mengenepikan kebenaran bai’ah cerai talak tiga dan sumpah supaya melepaskan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS semata-mata mahu menikmati keseronokan tinggal sebilik dengan PKR dan DAP.

Mungkin hubungan baru ini akan bertahan lebih lama daripada PR.

Ini kerana pemimpin Amanah boleh dianggap sehaluan pemimpin-pemimpin DAP yang tidak suka kepada Hadi dan PAS yang asal.

Cuma yang jadi teka teki apakah kesudahan nasib PKR yang masih menjalin hubungan ‘sulit’ dengan PAS di luar Pakatan Harapan?

Namun, semuanya hanya akan terjawab selepas PRU 14 nanti.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan, PAS kekal dalam pentadbiran Selangor sehingga pilihan raya umum nanti.

Apakah ini bermakna selepas PRU 14 dan Pakatan Harapan menang lebih 89 kerusi yang diperolehi PR pada PRU 13, PKR akan menamatkan hubungan dengan PAS?

Perkara inilah perlu diteliti oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Kehadiran mereka dalam kerajaan Selangor sebenarnya hanya sebagai ‘pemuas nafsu’ PKR dan DAP sehingga PRU 14.

PAS patut memikirkan untuk angkat kaki dan meninggalkan PKR lebih awal.

PAS lebih bermaruah jika jadi pembangkang bersama-sama Barisan Nasional (BN) di Selangor daripada menjadi alat dan PKR dibuang begitu sahaja selepas PRU 14 nanti.-sumber

JOMO: Ramai tak berani sentuh Azmin di Selangor... Sampai geng-geng Kak Wan pun hanya mampu melihat kekuasaan Azmin di Negeri ini... Parti tak boleh kacau urusan pentadbiran negeri Selangor... Sampai banyak isu, orang-orang parti hanya mampu MEMBISU...

Pelik! PAS Selangor seperti menjadi kuda tunggangan... Parti telah mengeluarkan dasar untuk tidak bersama dengan Pakatan baharu, sepatutnya PAS Selangor juga kena ambil tindakan... Ini konsep kerajaan campuran... Namun, isunya, adakah pucuk pimpinan PAS bersetuju dengan perkara ini...? Apatah lagi setelah tertutbuhnya Parti Amana Rakyat...

1 comment:

  1. ilek lar bai….Pas ada sultan selangor….jgn gopoh…..

    ReplyDelete