Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 24 September 2015

Niat Buruk "Chauvinis" Bangkitkan Semula Isu Koyak Passport, Lagi Satu Kegagalan Cubaan 'menyerang' TPM...


Isu BOC (Koyak Passport) adalah isu lama yang sebenarnya telahpun dijawab Oleh Menteri dan telah pun selesai... Namun, ada pihak yang cuba membangkitkannya semula dengan cara "mengitar semula" isu ini dengan anggapan agar rakyat lupa bahawa isu ini telah selesai... Namun, niat busuk mereka ini cukup mudah dikesan... Mereka ingat apa, ini SAMPAH???

Persoalannya, apa tujuan mereka mengitar semula isu ini? Melalui maklumat yang diperolehi, difahamkan puak-puak ini mula rasa tertekan kerana gagal mempengaruhi keputusan tegas Menteri Dalam Negeri. Puak-puak ini juga dikatakan begitu marah dengan MDN@TPM sehinggakan mereka cuba menggandakan usaha untuk menjatuhkan kredibiliti DS Zahid sebagai TPM dengan menyerang menggunakan isu BOC... Namun, cubaan mereka sekali lagi GAGAL!

Akibat kerja-kerja murahan oleh RBA isu basi seperti ini menunjukkan mereka sememangnya sudah kehabisan dan kekeringan modal untuk menyerang pemimpin negara... Pastinya mereka juga  lupa rakyat tidak mudah diperbodohkan... kerja macam budak-budak!

Menipu!
Baca kenyataan akhbar mengenai BOC di sini

Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport British Overseas Citizens (BOC) melainkan berdasarkan jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik pada 3 April 2014 yang telah disalah ertikan. 
Menurut beliau, sehingga 11 April 2014, hanya tiga orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini pula hanya dikeluarkan dengan kemudahan Pas Residen dan bukannya taraf kewarganegaraan. 
“Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar. Kerajaan Malaysia akan memberikan kemudahan Imigresen kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sama ada rakyat Malaysia atau warga asing sejajar dengan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. 
“ Apa yang perlu saya tegaskan bahawa pengeluaran Pas Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia.
JOMO: Penulis rasa puak-puak ini ada hubungan dengan mereka yang telah digugurkan taraf warganegara ni, sebab kalau dilihat gaya mereka menyerang TPM bukan main lagi... Isu basi diangkat berulang kali untuk mengaburi dan memperdayakan rakyat Malaysia adalah cara yang cukup memualkan!

Kalau Menteri dah kata tak terima sebagai warganegara disebabkan tindakan biadap mereka, korang nak buat apa lagi? Baru tahu langit itu tinggi atau rendah.

1 comment:


  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete