Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 20 September 2015

Kunjungan Hormat Oleh TPM Malaysia kepada JOKOWI Erat Sillaturrahim Malaysia-Indonesia... @Zahid_Hamidi

JAKARTA, 20 Sept - Datuk Seri Dr Ahmad Z‎ahid Hamidi hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia J‎oko Widodo di Istana Presiden di Bogor, kira-kira 50km dari sini.

‎Kunjungan hormat selama kira-kira sejam itu merupakan program di luar jadual l‎awatan kerja Timbalan Perdana Menteri di Indonesia.‎

‎Sewaktu kunjungan hormat itu, Ahmad Zahid diiringi isterinya Datin Seri ‎Hamidah Khamis, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ibrahim A‎bdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ali Besar.‎

‎Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja empat hari di Indonesia sejak Jumaat.

Ini lawatan pertama beliau ke luar negara sejak dilantik sebagai Timbalan P‎erdana Menteri pada 28 Julai lepas.‎

Ahmad Zahid juga sebelum ini menjadi Menteri pengiring ketika Presiden Indonesia itu mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada awal tahun ini.-Suraya Ahmad (WD MY)‎

Jomo: inisiatif baik eratkan hubungan dua hala Malaysia Indonesia... Ianya baik dalam mencari titik pertemuan dalam apa juga perkara berbangkit!

No comments:

Post a Comment