Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 14 August 2015

TPM Tegaskan Sabah Akan Diberi Keperhatinan Tinggi... @NajibRazak @Zahid_Hamidi @MusaHjAman

Dato Seri Zahid Hamidi tidak asing dengan pemimpin dan rakyat negeri Sabah. Beliau banyak membantu negeri sabah dalam beberapa isu antaranya menangani pendatang asing tanpa izin, isu keselamatan negeri, menyelesaikan isu Lahad Datu dan dan banyak lagi...

Kehadiran beliau kali ini ke Sabah sebagai yang cukup dinantikan kerana beliau hadir atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu...

Sambutan yang cukup memberangsangkan dari negeri di bawah bayu itu jelas menunjukkan Dato Seri Najib membuat pilihan yang tepat. Maklum balas yang penulis perolehi dari rangkaian sahabat di Sabah juga memberikan gambaran yang cukup positif terhadap beliau apatah lagi dengan pengaruh politik yang baik, rakyat Sabah optimis BN akan terus menjadi deposit tetap kepada BN pada PRU yang akan datang...

Beliau yang berucap dalam majlis aidilfitri di Sabah memberikan gambaran jelas bahawa Sabah akan terus diberi keprihatinan tinggi oleh kepimpinan pusat dalam pelbagai aspek atas dasar hubungan akrab yang terjalin selama ini antara pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan...

Walaupun, Sabah yang dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan semenanjung, namun keikhlasan sokongan yang ditunjukkan kepimpinan kerajaan Sabah terhadap kerajaan persekutuan menyebabkan Negeri itu amat dekat di hati pemimpin-pemimpin pusat...

Kata Dato Seri lagi "Sabah mempunyai kepelbagaian etnik, walaupun Sabah jauh di seberang lautan, namun Sabah terlalu dekat di hati dan Sabah tentu akan terus diberi keprihatinan yang tinggi oleh kepimpinan negara..."

Dato Seri Zahid menegaskan bahawa kekuatan sesebuah kerajaan itu bukan bergantung kepada struktur kerajaan itu semata-mata tetapi kepada tunggak kerajaan dan dokongan terhadap kepimpinan kerajaan itu... Beliau menyatakan Sabah cukup beruntung di bawah pimpinan Dato Seri Musa yang begitu komited dalam memberikan fokus kepada jentera pentadbiran... Malah ianya didokong bukan sahaja oleh parti UMNO malahan parti-parti lain di Sabah...

Sabah terus berdiri teguh bersama pimpinan negara walaupun kepimpinan hari ini menghadapu begitu banyak cabaran terutamanya persepsi negatif terhadap kerajaan...

Apa yang lebih penting lagi, dalam keadaan kepimpinan hari ini, isu dan persepsi persepsi perlu ditangani bersama... Justeru beliau menyatakan, ketaatan kepada pemimpin berkenaan perlu datang dari dalam hati dan bukannya paksaan kerana ketaatan sedemikian lebih ampuh dan teguh...

Jomo: Penulis yakin, Sabah akan terus bersama-sama pimpinan negara terutamanya dalam memacu negeri ini setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia... Kehadiran Dato Seri Zahid adalah signal jelas hubungan pimpinan persekutuan dan negeri akan terus erat bagi menggalas amanah dan kepercayaan Rakyat...

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah  dan menteri-menteri Kabinet negeri....

1 comment:

  1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete