Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 8 August 2015

Terikini! Sarawak Berdiri Teguh Bersama PM Najib dan TPM Zahid Hamidi... @NajibRazak @Zahid_Hamidi





Perubahan dalam transformasi yang dibawa oleh Dato Seri Najib Razak untuk rakyat Malaysia telah memberi kesan kepada semua rakyat. Kesan ini juga turut dirasai secara terus oleh rakyat Malaysia di Negeri Sarawak...

Apakan tidak, perubahan kabinet yang dibuat baru-baru ini banyak menaikkan muka-muka pimpinan Sarawak yang boleh bergerak maju kehadapan... Sarawak dapat koata banyak potfolio Menteri... Ini menunjukkan PM DS Najib Razak optimis untuk memastikan Sarawak juga berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan Semenanjung Malaysia...


Ini disemarakkan lagi dengan turunnya Timbalan Menteri Malaysia DS Zahid Hamidi yang turun ke Sarawak selepas 10 hari pentadbiran beliau sebagai TPM baharu Malaysia... Bercakap dalam perjumpaan bersama RELA Sarawak, kedekatan hati TPM dengan rakyat Sarawak adalah menifestasi sebagai penghargaan pentadbiran Putrajaya (federal) terhadap rakyat Sarawak... DS Zahid dilihat akan membantu negeri sarawak bersama-sama pimpinan peringkat persekutuan terutamanya Perdana Menteri Malaysia akan sama-sama menjayakan pembangunan di Negeri Sarawak... 

Menariknya lagi, DS Zahid menegaskan, akan menjadi 'benteng' mempertahankan hubungan antara semua negeri di Malaysia (Semenanjung-Sabah-Sarawak) jika ada unsur-unsur luar cuba menjadi dalang untuk mengeruhkan hubungan tersebut...




Sarawak akan sentiasa berdiri teguh bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata ini kerana Najib sentiasa memberi sokongan dan sering melakukan lawatan ke negeri ini. 
Adenan berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan Hari Raya anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Stadium Tertutup Sarawak di sini malam ini.
“Melalui kunjungan yang kerap beliau lakukan, Najib membawa bersamanya projek bernilai berbilion ringgit. Saya pasti beliau akan membawa banyak lagi. 
“Saya juga yakin, Ahmad Zahid akan melakukan perkara sama. Beliau baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri 10 hari lepas, dan hari ini beliau sudah pun melawat kita,” katanya. 
Menurut Adenan, kekerapan lawatan yang dilakukan itu menunjukkan bahawa Najib mempunyai keyakinan tinggi terhadap negeri ini.
  
“Sebagai contoh, beliau melantik tujuh anak Sarawak sebagai menteri penuh dan banyak lagi sebagai timbalan menteri dalam kabinetnya dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Oleh itu, beliau berhak mendapat sokongan penuh daripada kita,” katanya. 
Adenan berkata, pada pilihan raya negeri akan datang, beliau berharap rakyat Sarawak akan sekali lagi memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional negeri bagi membolehkannya menang dengan majoriti besar. 
“Kami sentiasa berkhidmat dan kami akan terus memberi khidmat, tanpa mengira keadaan,” katanya. 
Beliau berkata walaupun Sarawak telah menikmati banyak kemajuan dan pembangunan, namun masih banyak kawasan luar bandarnya yang memerlukan infrastruktur dan kemudahan asas. 
“Inilah perkara yang kami harap kerajaan persekutuan akan terus membantu kami,” katanya – BERNAMA 
JOMO: Usaha baik dan menarik yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia! Tahniah DS Zahid! Terima Kasih Sarawak!

1 comment:

  1. Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
    (Al-Baqarah 2:42)
    And cover not Truth with falsehood, nor conceal the Truth when ye know (what it is).

    Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
    (An-Nisaa' 4:135)
    O ye who believe! stand out firmly for justice, as witnesses to Allah, even as against yourselves, or your parents, or your kin, and whether it be (against) rich or poor: for Allah can best protect both. Follow not the lusts (of your hearts), lest ye swerve, and if ye distort (justice) or decline to do justice, verily Allah is well- acquainted with all that ye do.

    ReplyDelete