Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 10 August 2015

RAHSIA HUJAN!



RAHSIA HUJAN
 Hujan yang turun bagaikan mutiara melimpah ke alam maya ini. BEtapa nikmat dan rahmat Allah ini tidak dpat disangkal-sangkal lagi. Allah jualah yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah.

Tetapi kita....
Bila langit mula mendung, kekadang terdengar
bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca
buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa
hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
- Habislah banjir kilat lepas ni!!!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan
dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami!
Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai
pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram
ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah
sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat
manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan
turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan.
Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab.
Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat
pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan
hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf
dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita
tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang
tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 1)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru
hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada
kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian,
air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua
rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan
pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air
(hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya;
dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi
dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan
(ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Sesungguhnya, Allah memastikan hujan itu tidak keluar dari bumi. Sesungguhnya, Dia yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.-sumber

No comments:

Post a Comment