Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 8 August 2015

PM Najib Akan Hadiri Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura Esok


PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Singapura esok bagi menghadiri upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura ke-50.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Perdana Menteri akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam lawatan rasmi itu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar itu, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura pada masa ini adalah baik dan rapat.

“Kedua-dua negara komited meneruskan kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan, pelaburan, sosial, pendidikan, pertahanan dan keselamatan selain hubungan antara rakyat dua negara,” katanya.

Pada tahun 2014, Singapura merupakan rakan dagang Malaysia kedua terbesar di peringkat global dan juga merupakan rakan dagang terbesar dalam kalangan negara ASEAN.

Jumlah keseluruhan perdagangan antara kedua-dua negara berjiran itu tahun lalu adalah sebanyak RM194.52 bilion (AS$59.5 bilion).

Tahun 2015 juga merupakan ulang tahun ke-50 sambutan jubli emas hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura. – BERNAMAsumber

3 comments:

  1. Najib lu takada idea sendiri...bebal.....duit msia jatuh pun lu minta bantuan musuh...nak buat ketapi laju pun rujuk singapore...surat kabar singapore pun kutuk lu sebagai penipu besar...lu pi jumpa sana bikin ape...takada maruah punya orang...baik lu naik tingkat 20 terjun lagi baik...menconteng arang di muka kami rakyat msia aje..

    ReplyDelete
  2. Mmme kimak sungguh najib....selama ini ada lee kuan yu dtg mesia raikan kemerdekaan malaysia....kimak ni nnpk dah kena jajah.....najib klon anwar yg dijajah.....malaysia sengguh malang dpt pemimpin mcm najib dan pak lah...bodoh pianggg....mesua hancur sebabkan pemimpin mcm ini.....

    ReplyDelete
  3. Ke spork utk melobi jambatan bengkok mamak kutty.

    ReplyDelete