Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 14 August 2015

KISAH GHB... Apa Kesan Kepada Melayu...?

HARI ini kalau mengikut perancangan awal, secara rasminya Pas akan berpecah. Sekumpulan pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu akan bergabung menubuhkan parti baharu.

Walaupun mereka sudah memulakan langkah melalui apa yang dipanggil Gerakan Harapan Baru (GHB), ia akan dibentuk menjadi sebuah parti politik yang mendapat sokongan paling padu daripada DAP, musuh ketat Pas dalam pakatan pembangkang.

Pemimpin-pemimpin Pas dalam GHB yang antara mereka sedang menikmati gaji dan elaun sebagai wakil rakyat hasil perjuangan dan sokongan ahli-ahli Pas akan bergabung di dalam parti tersebut.

Sebelum ini Pas pernah menempuh badai perpecahan apabila terwujudnya Hizbul Muslimin 

(HAMIM), Berjasa dan Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM). Walaupun ada dalam kalangan pemimpin GHB mendakwa, mereka bukan serpihan Pas, ini boleh dianggap kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata.

Mohamad Sabu (tengah) pada program Ceramah Perdana Harapan Baru 
Malah berbanding parti-parti serpihan Pas sebelum ini, GHB agak unik kerana ketika mereka menguar-uarkan akan memperjuangkan Islam rahmat untuk semua, di dalam parti baharu itu akan terdapat pemimpin-pemimpin yang berasal daripada UMNO dan antaranya amat diketahui ke arah mana pemikiran mereka.

Tetapi tiada apa yang hendak dihairankan kerana majoriti pemimpin-pemimpin GHB terdiri daripada mereka yang sehati dan sejiwa dengan kehendak politik DAP. Sebab itulah mereka bersedia me­ninggalkan Pas apabila golongan ulama menguasai parti itu sepenuhnya dalam pemilihan lalu.

Kalau benar mahu memperjuangkan Islam sudah pasti mereka tidak akan meninggalkan Pas sebaliknya mereka akan terus berada dalam parti itu tetapi kekecewaan akibat tewas dalam pemilihan parti tidak dapat dibendung lagi. 

Banyak tindakan Pas dilihat tidak selari dengan kehendak politik mereka yang terlalu menurut kemahuan dan agenda DAP. Justeru cara terbaik adalah keluar daripada Pas.

Bagaimanapun mereka tidak harus lupa, sejarah politik negara membuktikan tiada parti serpihan Pas yang boleh bertahan selepas pilihan raya. Begitulah juga GHB, berbanding dengan Pas yang sudah mempunyai kekuatan sendiri, nyawa politik GHB bergantung kepada DAP.

Apabila itu berlaku tentulah GHB perlu mengikut apa yang dimahukan oleh DAP dan bukannya berkobar-kobar melaksanakan agenda politik sendiri khususnya dalam melibatkan soal orang Melayu dan Islam.

Kalaulah Pas begitu mudah di­perkotak-katikkan oleh DAP ketika dalam pakatan pembangkang, apa kekuatan yang GHB ada untuk memastikan mereka tidak menjadi ‘pak turut’ kepada DAP yang dianggap sentiasa mahu menjadi ‘taiko’ dalam kalangan parti pembangkang?

Setakat ini, penulis diberitahu, sokongan terhadap GHB tidaklah sehebat mana. Majlis-majlis yang dianjurkan tidak mendapat sam­butan diharapkan. Walaupun ada sedikit sebanyak ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang berkira-kira beralih arah namun ini dikatakan masih belum mampu menggugat Pas.

Bagaimanapun dalam politik segalanya boleh berlaku, tetapi apa yang pasti kehadiran GHB seperti mana kata seorang pemimpin Pas kepada penulis hanya akan memungkinkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu bertambah serius.

“Kita sudah ada UMNO, Pas, PKR dan kini GHB. Kekuatan politik Melayu akan menjadi bertambah lemah, bukan kerana orang lain tetapi kerana kita sendiri,’’ katanya ketika dihubungi.

Oleh itu, kehadiran GHB bukanlah ‘rahmat untuk semua’ atau memberi harapan baharu seperti mana mereka uar-uarkan sebaliknya hanya akan memungkinkan politik orang Melayu menjadi semakin ‘haru-biru’.

Justeru, adalah wajar kepada orang Melayu tidak kira sama ada di dalam Pas atau tidak, janganlah mengikut perasaan untuk menyokong GHB membabi buta. Ini kerana sokongan mereka tidak akan memberikan sebarang keuntungan politik kepada orang Melayu.

Mungkin hujah ini sekali lagi akan dikecam bersikap perkauman atau cuba menakut-nakutkan orang Melayu tetapi fikirkanlah siapakah yang beria-ia benar menyokong kewujudan GHB?

Kajilah apakah kenyataan-ke­­nyataan yang pernah dibuat oleh pemimpin-pemimpin GHB ber­kai­tan orang Melayu dan umat Islam.

Janganlah mengikut emosi da­lam membuat keputusan politik. Usahlah terpengaruh dengan dakyah yang mengheret UMNO dalam perbalahan ini apabila menuduh Pas akan bergabung dengan parti itu.

Menuduh bersekongkol dengan UMNO merupakan bahan paling berbisa bagi meracuni penyokong dan ahli-ahli Pas. Mereka amat tidak menggemari jika kedua-dua parti itu bergabung hatta bekerjasama sekalipun.

Walaupun sudah beberapa kali ditegaskan, tidak timbul soal penggabungan tersebut termasuklah penubuhan kerajaan perpaduan tetapi ini tetap menjadi bahan politik oleh sesetengah pemimpin GHB bagi meraih sokongan.

Sekiranya GHB menjadi parti politik, kawasan manakah mereka akan bertanding? 

Pas sudah pasti tidak akan memberi laluan kepada GHB. DAP tidak akan korbankan kubu kuatnya untuk GHB. PKR pula tidak akan beralah kepada GHB demi menjaga hati Pas memandangkan mereka sudah sepakat tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru. 

Oleh itu ke mana GHB?

Apapun yang pasti GHB sama sekali tidak akan dibenarkan berkuasa melebihi DAP. Oleh itu, apakah keuntungan kepada orang Melayu khususnya penyokong Pas jika mahu mereka menyokong GHB, walaupun ada pandangan dalam kalangan penganalisis politik pro GHB, kononnya penubuhan GHB adalah satu penghijrahan seperti mana peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.

Membandingkan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dengan penubuhan parti baru GHB adalah hujah yang tidak munasabah. Rasulullah SAW berhijrah atas perintah Allah SWT manakala GHB ditubuhkan oleh kelompok pemimpin kecewa selepas tewas merebut jawatan.

Apapun kita terpaksa me­nerima hakikat orang Melayu akan berpecah lagi dan politik mereka akan menjadi `haru-biru’ dengan wujudnya sebuah lagi parti baharu oleh GHB. Kehadiran mereka akan disambut dengan tepukan dan kegembiraan oleh ‘pihak lain’ yang semakin yakin agenda mereka semakin mencapai kejayaan.--ZB-sumber

4 comments:

  1. Strategi baru tapi tak strategik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

      Delete
  2. KALAU DILIHAT GEREMBOLAN PEMIMPIN DALAM GHB, RAMAI YANG TELAH DIKENALI SEBAGAI KELOMPOK BERFIKIRAN LIBERAL DENGAN SEJARAH SILAM TERSENDIRI. DARI KEPALA BAPAK GHB SEHINGGA KEPADA EKORNYA. DARI BOTHER MAT SABU HINGGA KEPADA MAZLAN ALIMIN. KALAU DIIMBAS SEJARAH PERJUANGAN MEREKA KITA AKAN DAPATI 90% PERKATAAN ATAU UCAPAN KELUAR DARI MULUT MEREKA TIDAK DUSTA. MAKA SESUAI SANGAT KALAU GHB INI BERKIBLATKAN DAP KERANA DAP ADALAH BAPA SEGALA DUSTA. PINJAM KATA KATA KHALID SAMAT, APA DITAKUT PADA DAP. MEREKA CUMA BERTANDING 50 KERUSI PARLIMEN TETAPI KITA KENA INGATKAN DIRI KITA JUMLAH KERUSI PARLIMEN YANG DIKUASAI OLEH BUKAN ISLAM. DALAM POLITIK SEGALANYA MUNGKIN. KALAU GENG GHB YANG KELIHATAN ISLAM BOLEH DIBELI OLEH DAP...BAGAIMANA KITA BOLEH PASTIKAN ANGGOTA PARLIMEN BUKAN ISLAM DALAM MENGHADAPI ISU SENSIITIF.....FIKIKANLAH. SEMUGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI TANAG MELAYU ISLAM INI....AMIIIIIIN.

    ReplyDelete