Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 4 August 2015

Bangkai dan Bukti MH370 Telah Dibakar...? Apakah benar ini MH370?

mh370search (1)

PULAU REUNION: Seorang pembersih pantai mungkin telah menghapuskan bukti kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Nicolas Ferrier berkata, dia melakukan rondaan setiap hari di pantai Pulau Reunion dan mengutip serpihan di pasir dan di celah batu-batu besar.

Ferrier memberitahu London Telegraph berkata, dia pernah melihat satu objek yang menyerupai kerusi di dalam sebuah bas atau tempat peluncur.

“Namun ia bukanlah seperti yang disangka sehingga saya dimaklumkan mengenainya pada Rabu (lalu).

“Ia mungkin adalah bahagian daripada sebuah pesawat,” kata Ferrier.

Ferrier menemui kerusi itu pada awal Mei lalu. Dia kemudiannya mendedahkan kepada umum mengenai penemuannya buat pertama kali pada Ahad.

Ferrier berkata, dia langsung tidak mengetahui mengenai signifikan di sebalik objek itu. Ini kerana katanya, barang-barang terapung dan serpihan yang ditemuinya hanyalah sebahagian daripada apa yang dibersihkannya di pantai selama ini.

“Saya turut menemui beg pakaian, kira-kira pada masa yang sama. Ia mempunyai banyak barang,” katanya.

“Saya bakar kesemuanya. Itu adalah tugas saya. Saya kumpul sampah, dan bakarnya.

“Saya mungkin jumpa banyak barang lagi dari pesawat itu, dan membakarnya tanpa menyedari kepentingannya.”

Ferrier berkata, flaperon yang ditemui pada Rabu lalu telah dibawa arus laut pada Mei dan menggunakannya sebagai meja.

“Saya duduk di atasnya. Saya menggunakannya sebagai meja. Saya tidak mengambil perhatian sangat terhadapnya sehingga saya mengetahui menerusi laporan berita.”

Menurut Telegraph, kisahnya disokong oleh seorang wanita tempatan yang hanya dikenali sebagai Isabelle, yang menjumpai objek yang sama pada Mei lalu.

“Ia merupakan permulaan percutian pada 10 Mei,” katanya kepada portal berita tempatan, Zinfos974.com.

“Ketika itu saya sedang berjalan bersama anak lelaki saya. Kemudiannya, dia menjumpai sebuah objek dari atas batu di tempat kami berdiri, dan menjerit “Ibu, ia kelihatan seperti sayap sebuah pesawat!”

Anak lelakinya yang berusia 10 tahun kemudiannya melihat sesuatu seperti beg pakaian. Dia berjaya membukannya dan kemudian melihat sebuah beg lagi yang terbenam di sebalik pasir hitam.

Bagaimanapun, ombak yang kuat ketika itu menyebabkan Isabelle mengarahkan anaknya supaya berada jauh dari pantai.

“Malah sekarang pun saya tidak begitu dapat memahaminya. Bagi saya, ia sesuatu yang biasa, yang saya lihat sepanjang masa. Saya tidak boleh kata ia merupakan pertama kali atau kali terakhir saya melihat perkara itu, kerana saya tidak pernah mengambil perhatian terhadapnya,” kata Ferrier.-sumber

JOMO: Apapun yang berlaku, kita tetap menunggu laporan penuh MH370 daripada Menteri Pengangkutan. Kita terus berdoa agar isu kehilangan ini sampai ke penghujung dengan keputusan yang boleh membawa kepada penemuan kapal tersebut.

No comments:

Post a Comment