Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 2 July 2015

Ibu Tiri Dera Anak Rupanya Ramai Peminat...

Suspek dera anak tiri ramai 'peminat'

BAGAI pantang wujud isu yang boleh dibuat jenaka, pengguna laman sosial Facebook baru-baru ini juga tidak ketinggalan untuk mengambil kesempatan 'populariti' seorang suspek kes dera.

Hasil tinjauan Sinar Online mendapati lebih dua puluh 'fan page' atau page khas yang menampilkan suspek kes dera tersebut, termasuk menggunakan foto muka dan nama suspek yang sebenar.

Tinjauan juga mendapati ramai pengguna melepaskan rasa marah dan pelbagai carutan kurang enak di page-page tersebut.

Sementara itu, ramai juga yang berpendapat kewujudan page-page berkenaan akan mengeruhkan keadaan.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang didakwa mendera Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5 telah ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan polis.-sumber

JOMO: Marah-marah juga, tapi ingatlah ini bulan ramadhan... selain jaga dari lapar dan dahaga jaga juga tutur dan kata...

1 comment:

  1. Apa nak diKESIANkan JM?! KECEDERAAN SERIUS amat BUAS pd. anak tirinya, Zuliana yg. masih kecil tu, sampaikan ususnya terllilit dan penuh parut dan luka seluruh badan, tak dapat dibayangkan - rupa cantik; tapi perangai mcm. BETINA-KEPARAT-puak SYAITAN!

    Aku harap si betina ni dikenakan hukuman BERAT dlm. PENJARA - jgn. pula dilayan dgn. baik kerana rupanya!! Maklumlah lelaki cepat TERPEDAYA dgn. rupa wanita- sebab itu baik cari isteri kerana SOLEH dan BELAS KASIHANnya pd. insan malang lain!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete