Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 16 July 2015

HARGAI KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN!

Image result for hargai keamananHari ini kita dapat menyaksikan bagaimana kemelut politik melanda negara-negara di benua Asia dan Afrika, kita dapat menyaksikan bagaimana negara-negara di benua Eropah dan Amerika yang dianggap sebagai negara maju pun ditimpa krisis ekonomi yang kronik akibat kegagalan mengurus negara dengan baik.



Suatu perkara yang kurang kita hargai atau terlupa di atas apa yang sedang kita nikmati sekarang ialah keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Ini disebabkan kita telah berada di zon selesa, membuatkan ramai di kalangan kita lalai, leka dan tidak memberi perhatian terhadap perlunya tiga elemen penting itu dipelihara.

Bagi memastikan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan terus dapat kita nikmati, ia memerlukan pendekatan yang bersepadu serta rakyat yang lebih prihatin dan peduli kepada keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan dan kepada masyarakat seluruhnya.

Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mempertahankan apa yang sedang kita nikmati ini kepada pihak berkuasa tanpa sumbangan kita sebagai rakyat yang mempunyai peranan masing-masing.

Jika kita membiarkan pihak tertentu yang yang mahu menjatuhkan kerajaan yang ada semata-mata kerana mahu berkuasa tanpa mengambilkira keselamatan dan kestabilan negara sebenarnya kita sedang mengundang petaka dan penderitaan.

Pilihan raya yang diadakan bukanlah bermakna untuk memperjudikan nasib bangsa, tetapi mengekalkan keamanan dan nikmat kesejahteraan juga adalah tujuan dan matlamat pilihan raya. Pilihan raya juga memberi peluang kepada rakyat untuk menolak golongan yang cuba menimbulkan huru-hara dan menimbulkan suasana yang mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Kalau kita tidak segera menghalang golongan yang tidak menghargai apa yang sedang dinikmati sekarang, sebenarnya akan hanya menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan bersama, termasuk anak cucu, pewaris kita di masa akan datang.

Rakyat di negara ini, terutama umat Islam amat bertuah kerana dapat hidup di dalam negara yang mencipta kejayaan berterusan dan sentiasa dilimpahi rahmat kejayaan, walaupun dunia keliling dilanda pelbagai kemelut politik dan ekonomi.


Kita juga telah menyaksikan kegagalan ini telah memberi kesan yang buruk kepada kesejahteraan rakyat di negara mereka apabila kadar pengangguran semakin meningkat, penciptaan peluang pekerjaan yang tidak mencukupi serta pertumbuhan yang rendah telah menyebabkan taraf dan kualiti hidup rakyat merudum.

Namun kita di negara dan negeri ini hidup dengan makmur dan sejahtera, penuh dengan nilai-nilai kebajikan, kecaknaan dan kemesraan kerajaan dan rakyat.

Kalaulah hilang kerajaan ini, jangan mengharapkan lagi suatu kestabilan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati sekarang ini di bawah kepimpinan yang berteraskan kepentingan dan keselamatan rakyat dan negara.

Kita perlu bersyukur, Malaysia telah mencipta kejayaan berterusan sebagai sebuah negara majmuk yang dirahmati dengan perpaduan nasional.

Kita mempunyai tradisi meraikan kepelbagaian agama, budaya dan bangsa, kepelbagaian yang di negara lain menjadi punca perpecahan, tetapi di negara ini menjadi pemangkin kemajuan hasil kerjasama erat kerajaan dan rakyat.

Hakikatnya kini, rakyat Malaysia hidup di dalam sebuah negara di mana keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran merupakan realiti,bukan semata-mata harapan apatah lagi impian indah.

Oleh itu tidak sebab kita mahu mencuba sesuatu yang belum pasti dan belum tentu, mengundang risiko yang amat tinggi.

Kita mahukan sebuah Malaysia yang aman, rakyat hidup dalam kemesraan dan kasih sayang.

Sebuah negara di mana rakyatnya berasa aman dan selamat- sebuah negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak Malaysia-sumber

No comments:

Post a Comment