Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 22 July 2015

Harapan Baharu: Psywar Ultra Kiasu...?



Mutakhir ini ini serang demi serangan dilakukan terhadap PM, termasuk isteri dan ahli keluarganya oleh ultra kiasu. Bukan sahaja dari dalam, malah luar negara. Mulanya saya sangka perkara itu biasa-biasa sahaja. Tetapi sudah sampai ke peringkat menghancurkan negara. Jika tidak suka sekalipun, PRU 14 sudah tidak lama, rakyat boleh menghakimi.

Kita mengharapkan PM mempunyai daya tahan dalam menghadapi masalah ini. Jika benar, pertahankanlah. Jika tidak, buatlah sesuatu yang terbaik untuk rakyat. Berani kerana benar.

Pas juga tidak ketinggalan, serangan psywar dan pysop ultra kiasu cauvinis terhadap Pas tanpa henti, sehingga tercungap-sungap Pas untuk menangkisnya. Ultra kiasu amat yakin dengan berbuat demikian, kemenangan lebih besar akan dicapai dalam PRU 14 akan datang. Sudah tentu Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi, adalah petunjuk awalnya.

Sebab itu, mereka begitu nekad menolak Pas, bagi memenangi hati pengundi di Sarawak. Manakala, kumpulan serpihan Pas, G18, terhegeh-hegeh menagih simpati ultra kiasu, kononnya bagi memenuhi Gerakan Harapan Baharu rakyat Malaysia. Apakah benar bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahan baharu tersebut? Atau rakyat Malaysia begitu teruja dengan tindakan Pas yang begitu tegas dan bersangka baik?

Selaku rakyat yang kerdil, saya begitu terharu akan tindakan Musyidul Am dan Presiden Pas, masih bersangka baik terlebih dahulu terhadap Perdana Menteri, seterusnya dibalas oleh PM dengan ucapan terima kasih kerana mempercayainya.

Inilah sifat ulama dan negarawan. Bersangka baik dahulu. Ini tidak, asyik bersangka buruk dan berniat jahat seperti ultra kiasu. Dalam Islam, malahan demokrasi sekalipun, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Selama ini, ultra kiasu cauvinis amat bertuhankan demokrasi, kenapa dalam isu ini mereka mahu menjadi hakim tanpa mahu menunggu mahkamah dan pasukan penyiasat? Nampak sangat perancangan busuk mereka untuk mengaburi mata rakyat.

Saban hari ultra kiasu menempelak dengan kata sinis dan tajam kepada Perdana Menteri, seolah-olah semua tuduhan itu betul. Sedangkan ia belum dibuktikan. Saya juga ditempelak kerana bersikap senyap terhadap dakwaan kepada PM.

Jawapannya saya, saya bukan Tuhan. Kita ada badan yang berotoriti, serahkan kepada mereka. Masalah timbul apabila ultra kiasu tidak mempercayai badan otoriti ini. Semua kerajaan buat tidak betul, mereka sahaja yang betul.

Begitu juga tuduhan terhadap Pas, mengatakan bahawa Pas sudah berubah, tidak seperti dahulu, zaman Allahyarham Presiden Pas sebelum ini seperti Fadzil Noor dan Nik Aziz. Jika mereka masih hidup, sudah tentu, keadaan jauh berbeza. Alllahyarham pasti tidak setuju dengan tindakan Pas hari ini. Persoalan saya, sejak bila orang sebegini boleh meramal dan membaca pemikiran orang yang telah mati?

Saya tidak yakin jika bekas pemimpin Pas ini masih hidup mereka akan bersekongkol dengan ultra kiasu, termasuk seperti yang didakwa anak mereka? Jika benar sekalipun dakwaan itu, adakah salah bekerjasama dengan saudara seIslam? Saya sendiri akan memilih saudara seIslam daripada ultra kiasu yang terang lagi bersuluh, memusuhi Islam.

Ingatan saya kepada ultra kiasu dan kumpulan harapan baharu, rakyat hari ini sudah bijak. Tidak perlulah mengingatkan Pas bahawa politik hari ini sudah berubah, berbeza berbanding masa lalu.

Mengenali barisan kepemimpinan Pas yang baharu. Mereka tidak jahil walaupun ramai ulama di situ. Mungkin yang jahil kumpulan serpihan ini yang merasakan dirinya kuat. Tubuhlah parti baharu. Harapan baharu? Malaysia baharu? Kita tengok siapa yang lebih kuat. Bertandinglah, berapa undi yang boleh diperolehi?

Saya amat teruja untuk melihat parti baharu era baharu ini. Apakah bentuk pembaharuan yang ingin dibawa? Sejauhmana sokongan yang akan diperolehi oleh mereka? Bolehkah Islam didaulatkan dalam parti yang anti-Islam.

Masih teringat rakan-rakan saya yang cenderung kepada Islam, berada dalam PKR. Ke mana mereka? Semua telah dipetiaiskan. Tak ke mana nak perjuangkan Islam dalam agenda parti yang tidak mahukan Islam. Nasib yang sama juga akan dialami oleh bekas ulama muda Pas yang menyertai PKR baru-baru ini.

Mungkin Pas akan lemah di beberapa kawasan, terutama kawasan yang majoriti Melayu tidak besar, tetapi setakat ini, Pas semakin kuat di Kelantan dan Terengganu, jika pendekatan berhikmah terus digunakan. Manakala, parti baharu harapan baharu akan terkubur selepas berakhirnya PRU 14 nanti. Saya tidak nampak mereka boleh menang, kecuali laluan diberikan oleh ultra kiasu untuk bertanding di kawasan majoriti mereka (Cina). Adakah ia boleh berlaku? Sama-sama kita nantikan.

Mengenali ultra kiasu sekian lama, saya tidak nampak mereka mahu berkongsi, seperti mana ultra kiasu Singapura. Teringat mendiang profesor yang mengajar saya dahulu, juga mengajar lama di Universiti Singapura, Dr. Chandran Jushurun. Katanya, ultra kiasu tidak akan berkongsi sedikitpun walau dengan rakan baiknya sekalipun. Mereka akan makan kesemuanya tanpa rasa terhutang budi. Itulah ultra kiasu.-sumber

1 comment:

  1. Habislah KELANTAN sbg. NEGERI ISLAM yg. KUAT sekiranya GerakanHomoBangsat yg. amat DAJAL ni berjaya MENIPU mana-mana si PENYOKONG-BANGANG!

    Itulah apabila pemimpin Islam/Melayu asyik jadi PENAKUT pd. si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

    Kita sepatutnya JANGAN asyik DEFENSIF - tetapi pemimpin-pemimpin Islam/Melayu juga mesti asyik SERANG ("ATTACK")! Itulah strategi perang memanjang Barat/Zionis dan EJEN-EJEN depa dari puak si PENGGANAS ANTI-ISLAM/Melayu dari puaka PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO, sampaikan Dunia Islam yg. amat kaya minyak/gas- Thorium/Uranium (utk. pembuatan senjata NUKLEAR) boleh diJAJAH sewenangnya!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete