Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 30 June 2015

Minyak Naik Lagi...? Cc @NajibRazak

Harga runcit petrol RON95, RON97 naik
30 Jun 2015

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.

"Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini," katanya. - Bernama

Jomo: Naik Harga Ketika Ramadhan? Kasihan. Ada yg baru dapat gaji nak berseronok sedikit semasa raya kena fikir plan B perbelanjaan...

Kritik bukan menentang tetapi menegur secara berhikmah! Bukalah mata sedikit...     Hak rakyat untuk sedikit bersuara...

18 comments:

  1. Sekarang rakyat di tindas dengan bermacam-macam cara..
    sangat menyedihkan... menteri dapat kenaikan gaji beribu-ribu...
    rakyat pulak menderita kerana kenaikkan harga barang dan cukai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila nampak Najib ke mana-mana bazar ramadhan lagi lepas ini, baling dengan apa sahaja untuk mengajar Perdana Menteri tak guna seperti Najib ini, makin hari makin menyusahkan rakyat, patutlah Tun Dr. Mahathir suruh Najib letak jawatan, makin lama jadi Perdana Menteri makin banyak menyusahkan rakyat!

      Dasar Penipu! Pencuri! Penyamun! Pengkhianat Parti! Perosak Negara! Blah la Najib, kau jadi Perdana Menteri pun tak guna, lebih baik lembu di tepi jalan berbanding dengan Perdana Menteri Penipu! Pencuri! Penyamun! Pengkhianat Parti! Perosak Negara! macam kau ini!

      Delete
  2. Dah tak tau nak kata apa lagi dengan kepimpinan kerajaan sekarang ini, rakyat masih mengharapkan agar Barisan Nasional berubah kepada yang lebih baik kerana rakyat masih sayangkan dan masih hendakkan Barisan Nasional menjadi parti pemerintah di negara ini.

    Tetapi dengan kepimpinan Barisan Nasional sekarang ini terutama kepimpinan UMNO, semua itu hanya tinggal harapan sahajalah.

    Sungguh pelik di mana harga petroleum yang tidak menentu dan makin merosot tetapi pihak kerajaan boleh pula naikkan harga petrol, memanglah dengar naik 10 sen, itu seliter, kalau guna 100 liter dah RM 10.00 bezanya, RM 10.00 boleh beli hampir 5 liter petrol dengan harga sebelum ini.

    Ini adalah salah satu sebab mengapa Najib dan kuncu-kuncunya perlu berundur atau jika tidak mahu berundur maka UMNO dan Barisan Nasional perlu memecat Najib kerana makin lama makin merosakkan parti, itu pun kalau ahli UMNO dan ahli parti gabungan Barisan Nasional sayangkan partilah, kalau semua hanya mengutamakan nafsu serakah Najib seolah-olah nafsu serakah Najib itu perkara paling penting di dunia ini dan dia dalam kehidupan para ahli UMNO dan para ahli parti gabungan Barisan Nasional, terpulanglah, kelak parti terbongkang jangan menangis tak berlagu pula.

    Jika Najib terus kekal jadi Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional hingga PRU 14, ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional terutama dari UMNO bolehlah rasa jadi pembangkang di negara ini. Kerana kepimpinan yang lemah, tidak bertanggungjawab, cuai, seleweng, penipuan yang diamalkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya selama ini hanya merosakkan negara ini dan rakyat akan rasa tidak gembira dengan Barisan Nasional, maka dalam pilihanraya akan datang, rakyat akan mengundi parti lawan.

    Saya tidak menyangka bahawa Najib sanggup mengkhianat kepada parti sedemikian rupa, dia dapat jadi Perdana Menteri pun melalui parti UMNO, melalui Barisan Nasional juga, tetapi lihatlah balasan yang diberikannya kepada parti selepas dia berada di puncak kuasa.

    Penangguhan pemilihan UMNO yang diumumkan oleh Najib bukanlah untuk kepentingan parti, tetapi untuk terus melingkupkan negara ini, melahap apa sahaja yang ada dalam khazanah negara, kerana kalau Najib dan kuncu-kuncu tumbang dalam PRU 14 pun, mereka dah ada banyak harta yang disonglap semasa berkuasa, mereka boleh berambus ke luar negara, tinggalkah ahli-ahli parti yang terkontang kanting menjadi mangsa, tinggallah negara yang punah ranah hancur binasa,.

    Bersambung...............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambungan...............

      Tun Dr. Mahathir dan veteran UMNO yang sayangkan parti seperti Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Sabaruddin Chik, Datuk Seri Affifuddin Omar, Tan Sri Sanusi Junid dan ramai lagi veteran parti telah mengingatkan berkali-kali bahawa jika nak pulihkan UMNO dan Barisan Nasional,maka punca kerosakkan iaitu Najib dan kuncu-kuncunya perlu ditumbangkan supaya UMNO dapat dibersihkan, serta parti komponen Barisan Nasional dapat diperkasa semula kerana ketika ini Najib tidak mempedulikan nasib parti komponen kerana dia sibuk nak kuatkan kuasa dalam parti dan menjadi Presiden parti hingga PRU 14 sambil menyonglap apa yang ada dengan kuasa yang ada.

      Selamatkan Malaysia, Tumbangkan Najib!
      Selamatkan Barisan Nasional, Tumbangkan Najib!
      Selamatkan UMNO, Tumbangkan Najib!

      Bertindaklah segera demi agama, bangsa, dan tanah air, kerana ketika ini UMNO dan Barisan Nasional dah jadi macam bubur, tapi bubur boleh makan lagi, boleh buat jadi sedap kalau diperbetulkan cara yang betul. Tapi bubur akan jadi tak berguna jika dah jadi abu, periuk dah jadi rentung, dapur pun rentung terbakar, apa satu pun dah tak berguna, bertindaklah segera ahli-ahli UMNO sekalian selagi kita punya masa untuk selamatkan parti kita. Bertindaklah segera wahai ahli-ahli parti komponen untuk menyelamatkan parti masing-masing dan menyelamatkan Barisan Nasional selagi masih punya masa untuk berbuat demikian, bila sudah terlewat, semuanya sudah tidak berguna. Sedarlah semua.

      Saya sebenarnya tak mahulah gunakan perkataan kasar terhadap Najib ni, tetapi apakan daya, dia makin hari makin teruk, hanya dengan bebahasa sebegini sahajalah yang boleh dibuat untuk menyedarkan manusia tak berguna seperti Najib sekarang ini, itu pun kalau dia masih manusia yang ada maruah dirilah, kalau jenis muka tembok, makilah macam mana pun dia tetap dengan perangai bodoh sombongnya itu, sudahlah bodoh, sombong pula, memang tak guna orang macam ni, lembu di tepi jalan pun lebih bagus jika dibandingkan dengan orang jenis bodoh sombong itu.

      Delete
    2. BN umno berkubur tanpa nisan selamanya pun tak sayang langsung! ini la sarang segala sahabat iblis..parti bodoh!bijak menipu dan memeras rakyat..tp aku heran masih ramai manusia yg karat biru yg bodoh tidak ingin perubahan yg baik!

      Delete
  3. Sedapnya mulut korang...bulan puasa ni..

    Masalah orang Malaysia ni, sebenarnya tak pernah nak bersyukur.

    Yang komen kat atas ni pun, bukannya heran sangat pun harga minyak naik...
    Saya faham sangat dah...

    Yang komen ni semua memang penyokong pembangkang...

    Jadilah rakyat yang bersyukur....

    Harga minyak naik, impak besar hanya kepada yg banyak kereta dan yg guna kereta besar.
    Merekalah yg guna banyak minyak.

    Yang naik motor, sebulan mungkin kena bayar extra RM 5 ajer....berhenti merokok settle semua masalah.

    Bila minyak naik, kena pandailah berjimat. Cuba kurangkan pembaziran...

    Lagipun, sebenarnya bukan minyak yang naik, cuma kerajaan kurangkan subsidi.
    Yang kena bayar extra sebulan sebab minyak naik hanya antara RM 5 - RM 50 aje lebih kurang
    Setahun= RM 60 - RM 600.

    Sebab tu kerajaan bagi BRIM, setahun dapat RM 950.

    Kerajaan kurangkan subsidi, duit yang extra ni bagi kat rakyat....biar orang kaya bayar lebih untuk minyak.

    Dulu orang kaya banyak kete dan berkereta besar dapat subsidi:
    Diorang guna 1000 liter sebulan . Kalau subsidi minyak RM 1.20 maknanya kerajaan seolah-olah bagi duit kat org kaya ni sebanyak RM 1,200.

    Kalau yang naik motor, sebulan guna cuma 50 lieter. Subsidi RM 1.20. Dia orang hanya dapat sebanyak RM 60.

    Cuba bandingkan, kerajaan bayar RM 1,200 padaorang kaya untuk minyak. dan hanya RM 60 pada orang low income yang guna motor.

    So, bila kerajaan kurangkan subsidi, memang orang low income akan terkena juga. Tapi , kerajaan bayar balik malah bagi lebih lagi dengan BRIM kepada mereka.

    Inilah yang dikatakan merasionalisasikan subsidi minyak


    Faham ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anom 4..41

      Apa yang Ko merepek ni....ko ni yg tak faham sebenornya... katak bawah tempurung...harga minyak dunia turun, macam mana minyak Malaysia naik?

      Atau satu cara nak bayar interest 1mdb?

      Delete
    2. apa kau merepek ni dol?

      subsidi dah mansuh awal tahun ni.

      harga minyak diapung mengikut harga pasaran "kununnya"

      pengurangan subsidi abah kau.

      nak jilat agak agak la dolmat oi.

      mabuk ketum ke apa?

      Delete
    3. anda tergolong pengundi bodoh yg melahirkan pengundi bodoh..hahahaha

      Delete
  4. Buat mereka yang tak puas hati.... penilaian dan penetapan harga runcit minyak proses tidak berdasarkan turun naik harga minyak hari ini atau semalam mahupun esok. penetapan harga adalah di ambil kira kepada satu tempuh panjang yang berlalu ketika harga minyak sedang turun sehinggalah pada nilai ketika harga minyak mentah sedang menaik. kalau kita ambil kira kenaikan atau penurunan harga minyak untuk tempoh perubahan dalam masa seminggu maka bertambah peninglah kita rakyat tengok harga runcit sekejap turun.. sekejap naik.. untuk lebih jelas perhatikan sebelum minyak naik awal bulan lepas... kerajaan mengambil langkah mengekalkannya sebelum itu untuk tempoh 3 bulan walaupun harga minyak terus naik. dan jika di lihat julat kenaikan..seharusnya kenaikan bulan lepas adalah lebih tinggi. samalah juga nanti sekiranya harga minyak jatuh..kerajaan tidak akan menurunkan harga pada kadar serta merta. harap mengerti.... setiap penetapan adalah berdasarkan polisi penetapan harga yang juga di guna pakai oleh mana-mana negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah nak putar sana sini, harga petroleum dunia dah lama dalam keadaan menurun.

      Masalahnya sekarang ini kerajaan Malaysia diuruskan oleh orang yang tak bertanggungjawab, kalau Perdana Menteri pun tak boleh pakai, apatah lagi menteri dan timbalan menteri.

      Menteri dan timbalan menteri di kebanyakkan kementerian sekarang ni tak berkualiti sebab Najib kutip orang-orang yang boleh dicucuk hidung olehnya sahaja, cerdik atau bodoh belakang kira, sebab tu negara kita sekarang ni teruk.

      Jangan nak putar sana sini, kerajaan patutnya lihat kepada keperluan rakyat, bukannya syok sendiri sebagai Perdana Menteri, Menteri atau Timbalan Menteri tapi bodoh dalam tindakan.

      Lihat isu ekonomi rakyat, dapatkan statistik sebenar, bukannya statistik purata, rakyat kebanyakkan ni ramai yang dah terhimpit, tapi kerana kepimpinan yang bodoh, maka rakyat jadi mangsa.

      Blah la Najib dan kuncu-kuncu, tunggu apa lagi, nak tunggu parti hancur berkecai baru nak sibuk nak letak jawatan? Pergi jahanamlah kalau macam tu, dah lingkup baru nak lepas tanggungjawab kepada orang lain, jenis pengkhianat!

      Delete
    2. apa saja meraban yg najib dan pendukungnya nak justifikasikan dasar dan tindakan pm sekarang , aku dah x ambik peduli.
      semua tuh sampah belaka . pembohongan.
      kereta besaq ka kereta kecik ka moto kapcai ka...semua tu keperluan. pada masa rakyat perlu berjimat dan ikat perut kenapa najib nak sauk jugak duit kami utk byr interest 1mdb tu?
      fyi aku x dapat pun brim. dan ramai lg yg x layak dpt tapi dihimpit oleh kenaikan bermacam2 disebabkan najib dan menteri dia FAILED BIG TIME

      Delete
  5. http://1.bp.blogspot.com/-gfSZJB2AlsU/VZLD8X0yErI/AAAAAAAACDY/SbTqFbHDxNU/s1600/Screenshot_2015-07-01-00-07-35%25281%2529.png

    ReplyDelete
  6. anon 4.41.... kat atas ni ada penjelasan.... jangan ingat harga minyak turun minggu lepas...minggu ni harga minyak perlu turun. dan tidak juga kalau naiknya bulan lepas... bulan ni kena naik mendadak.... itu maksud anon 8.50

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga petrol berlegar antara USD 58 - USD 60 atau lebih sikit sahaja, tak ada alasan untuk naikkan harga petro pun.

      Malahan kerajaan bawa masuk 1.5 pendatang asing dari bangladesh boleh pula, lepas tu mereka ni akan gunakan subsidi milik rakyat Malaysia, malahan peluang kerja untuk rakyat pun makin menyempit, ada kerajaan Najib ni fikir semua perkara ini?

      Kebodohan pemimpin atasan akan menyusahkan rakyat, kos sara hidup makin meningkat, pendapatan tak selari dengan peningkatan kos sara hidup, semua benda kena bayar sekarang ni, kencing dan berak pun kena bayar juga, parking kereta pun kena bayar juga, yang kaya raya dan jenis belaja ditampung kerajaan seperti Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri tu tak apalah, mereka tak rasa ini semua, tapi rakyat bawahan ni, pendapatan tak seberapa, tapi kena tanggung macam-macam.

      Masalah subsidi di negara ini adalah kerana kerajaan Najib yang lembab ini membawa masuk pendatang asing beramai-ramai ke negara ini, bila kos subsidi meningkat, mereka buat alasan untuk potong subsidi, tapi kebodohan awalnya berpunca dari mereka juga.

      Pentadbiran caca marba, tunggang langgang. Patutlah Tun Dr. Mahathir Mohamad minta Najib letak jawatan dengan segera, makin lama Najib pegang jawatan Perdana Menteri, makin teruk negara ini dikerjakan, makin susah rakyat dibuatnya.

      Letaklah jawatan Najib, kalau tak dah boleh nak buat tu berhentilah, daripada menyusahkan orang, lebih baik bagi ke orang lain yang boleh gantikan kau. Jangan kau digantikan oleh orang dari parti lawan dalam PRU 14 sudahlah, lebih elok kau digantikan oleh orang dari Barisan Nasional juga sebelum Barisan Nasional tumbang jika kau masih tamak, paling kurang parti boleh diselamatkan dari tumbang dalam PRU 14 kelak.

      Sudahlah Najib, kau berhentilah, heret sekali kuncu kau yang bodoh-bodoh tu untuk turut berhenti, itu pun kalau kau sayangkan parti, tapi aku rasa kau hanya pergunakan parti, bukannya sayangkan parti pun, kau nak berpaut di puncak kuasa bukannya kerana nak pulihkan parti, tetapi nak bolot apa yang ada selagi masih ada masa untuk buat begitu, hal parti nak lingkup dalam PRU 14 memang kau tak peduli pun. Bukannya apa, kalau kita kaji balik apa yang berlaku sekarang ini, Najib seperti mahu mensabotaj Barisan Nasional supaya kalah dalam PRU 14, tengoklah dasar serta cara pemerintahannya, jenis bodoh sombong.

      Delete
    2. Najib, kamu boleh beli sokongan orang untuk seketika dengan wang, tapi tak boleh membeli kesetiaan orang dengan wang.

      Sedarlah bahawa cara pentadbiran kau ni mirip dengan apa yang berlaku di Greece, walaupun kuncu-kuncu serta balaci kau kata ekonomi negara kukuh, kejatuhan ringgit tak beri kesan, tapi hakikatnya adalah sebaliknya. Petunjuk di Bursa Malaysia pun menunjukkan pelabur tidak percaya dengan ekonomi Malaysia, sudah dekat 200 mata kejatuhan di Bursa Malaysia dalam tempoh 2 bulan.

      Malaysia berhadapan dengan krisis ekonomi yang lebih teruk dan boleh menjadi seperti Greece jika Najib terus berkuasa dan membuat dasar-dasar serta cara pengurusan negara yang buruk seperti sekarang ini.

      Macam BRIM, penerimanya makin meningkat, kos pembiayaan makin meningkat, di mana kerajaan nak cari wang untuk meneruskan program ini pasa setiap tahun mendatang? Kerajaan akan kenakan GST untuk kutip balik BRIM yang diberikan itu, tetapi rakyat pula yang menjadi mangsa.

      Malahan dalam isu 1MDB, banyak wang badan berkanun dan GLC dilingkupkan semata-mata nak bayar faedah bank 1MDB, tapi sampai mana perkara ini boleh dibuat?

      Fakta mengenai 1MDB:

      Modal 1MDB hanyalah RM 1 juta

      Tetapi:

      Hutang 1MDB adalah RM 42 bilion, bersamaan 42,000 kali ganda dari modal berbayar 1MDB.

      Faedah bank secara tahunan yang perlu dibayar oleh 1MDB adalah sekurang-kurangnya RM 2.4 bilion setahun bersamaan 2,400 kali ganda dari modal berbayar 1MDB.

      Fadah bank jika dikira secara bulanan yang perlu dibayar oleh 1MDB adalah sekurang-kurangnya RM 200 juta sebulan, bersamaan 200 kali ganda dari modal berbayar 1MDB.

      Faedah bank jika dikira secara mingguan yang perlu dibayar oleh 1MDB adalah sekurang-kurangnya RM 50 juta seminggu, bersamaan 50 kali ganda dari modal berbayar 1MDB.

      Faedah bank jika dikira secara harian yang perlu dibayar oleh 1MDB adalah lebih kurang RM 6.7 juta sehari, bersamaan 6.7 kali ganda dari modal berbayar 1MDB.

      Jika kita lihat fakta di atas, untuk membayar faedah bank sahaja pun adalah sangat sukar untuk dibuat oleh 1MDB, apatah lagi hutang pokok sebanyak RM 42 bilion. Tetapi sekarang ni dah lebih dari RM 42 bilion hutang 1MDB, kerana makin banyak hutang baru dibuat.

      Delete
  7. makanya tumbngkan BN..babi negara tu..cakap je x guna..

    ReplyDelete
  8. Tiada Lagi Notis Pemberitahuan Perubahan Harga Minyak
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/tiada-lagi-notis-pemberitahuan.html

    ReplyDelete