Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 10 June 2015

Apa Jadi PAS Pasca Pro-Ulama? Baca Artikel Ini.


Image result for ustaz hadi vs mat sabu

KEPADA pemimpin yang kalah dalam pemilihan muktamar Pas, menubuhkan parti baharu bukanlah satu pilihan yang bagus. Sebab, sejarah menunjukkan menubuhkan parti serpihan segalanya akan menjadi serba tidak kena.

Parti Melayu Semangat 46 (S46), Parti Hizbul Muslimin Ma­laysia (HAMIM), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Negara, semuanya lebur. Namun ini tidak boleh dibandingkan dengan pewujudan Parti Keadilan, kemudiannya dikenali PKR kerana senarionya berbeza.

Cuma, dalam keadaan DAP, sekutu Pas, sedang mencari identiti dan sokongan daripada orang Melayu, adalah lebih bijak untuk DAP menerima kemasukan ayam sabung dan pemimpin Pas yang kalah ini melibatkan diri dalam parti itu.

Dengan itu bolehlah DAP memperluaskan pengaruh Melayunya dalam pakatan pembangkang, iaitu membenarkan wakil bekas Pas tadi bertanding atas tiket DAP di kawasan-kawasan bermajoriti orang Melayu. Maka, secara tidak langsung pula, pakatan rakyat tidak memerlukan lagi Pas untuk bernaung di dalamnya.

Ini bukan hal remeh, sebalik­nya perlu difikirkan secara serius oleh mana-mana pemimpin Pas yang kalah dalam pemilihan pada muktamar baru-baru ini. Senario keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah membuktikan pemimpin-pemimpin ini mendapat sokongan dan dukungan kuat daripada pengundi-pengundi Cina sedia ada. Justeru itulah jalan terbaik untuk mereka ‘menyeberang’.

Kita maklum dan boleh lihat sekarang betapa bersungguh-sungguh dan seriusnya DAP merekrut bakal-bakal calon Melayu mereka. Dalam tempoh dua tiga tahun ini mereka menarik ramai ahli Melayu.

Selepas peguam Melayu muda, Dyana Sofya Mohd Daud menjadi calon pilihan raya DAP yang kalah bertanding Parlimen Teluk Intan dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti itu, DAP turut memiliki Jamila Rahim atau lebih dikenali Melati Rahim, 20-an, seorang graduan berpurdah dalam pembelajaran bahasa Inggeris.

Dengan kemasukan beramai-ramai pemimpin Pas yang ditolak dalam pemilihan muktamar ke dalam DAP nanti, ini sekali gus mengiktiraf tindakan drastik, bersistematik serta strategis daripada perwakilan Pas untuk menyingkirkan mereka ini.

Akhirnya, DAP selama ini yang sering dilabelkan sebagai parti cauvinis tidak akan lagi memakai gelaran itu dengan kini dilihat sebagai parti yang benar-benar berbilang kaum. Apa lagi selepasnya, ‘berteraskan parti Melayu Islam hasil daripada serpihan Pas’.

Barangkali, ahli Pas boleh semak balik ketika PRU-13 dulu, iaitu di kawasan separa bandar yang majoriti Melayu yang mana Pas bertanding, kalau diletakkan calon Melayu dari DAP, adakah peluang untuk menang lebih cerah?

Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada Mei 2014 mungkin bukan perbandingan yang tepat hal ini kerana majoriti pengundi di situ masyarakat Cina sementara Melayu 37 peratus dan India 20 peratus. Tetapi, setidak-tidaknya, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong pun ‘kecut perut’ menerima penangan Dyana Sofya apabila menang tipis 238 undi. Walaupun dia calon Melayu memegang tiket DAP yang komited dengan ‘Malaysian Malaysia’nya, sudah pasti orang Cina akan memberi sokongan penuh.

Selain senario yang diramal ini, perkara lain yang berkemungkinan berlaku, malah mungkin ramai bersetuju bahawa perkara yang lebih tinggi kebarangkaliannya ialah pertubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) akan mendaftar sebagai sebuah pertubuhan parti politik. Melalui Pasma ini, sebuah pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan Pasma akan dibentuk yang mana Pasma akan menggantikan parti Pas sebagai salah satu parti komponen tunjang dalam pakatan pembangkang. Jelas sekali mereka yang kecundang dalam pemilihan kali ini hampir semua daripada mereka juga ahli Pasma.

Andai senario kedua ini yang berlaku, satu perkara yang perlu diingat Pasma ialah mereka harus berusaha menjadi komponen do­minan dalam Pakatan Rakyat bagi meraih undi orang Melayu.
Satu faktor utama mengapa orang Melayu ada yang tidak menyokong Pas kerana mereka masih meragui kebolehupayaan Pas da­lam menunjangi pakatan pembangkang seterusnya memelihara kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam secara menyeluruh.

DAP sangat jelas sangat agresif menyodok semampu boleh segala tiang yang memayungi nasib orang Melayu di bumi Malaysia ini.

Sekiranya Pasma gagal menjadikan pertubuhannya sebagai pemilik kata putus dalam pakatan, akhir sekali, dua kali lima sahaja antara Pasma dengan Pas dalam pakatan pembangkang, hanya ibarat lembu dicucuk hidungnya.

Justeru, kita berkeyakinan tinggi yang kepimpinan baharu Pas dike­tuai Abdul Hadi tidak akan melantik sama sekali mana-mana pemimpin yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini sebagai ahli jawatankuasa tambahan.

Ini kerana berdasarkan tingkah laku golongan ini, jika dilantik se­mula pun, mereka hanya akan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ yang akan terus menerus mengganggu-gugat solidariti kepimpinan Pas Pusat. Berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini sehinggakan Abdul Hadi boleh diperlekeh sebegitu rupa, mereka ini dipercayai akan tetap setia menjadi ‘mata dan te­linga’ DAP dalam Pas.
Apa pun, gerakan ‘pembersihan’ dalam Pas perlu dilakukan Abdul Hadi. Buang mereka yang menjadi duri dalam daging. Ini bukan masanya untuk memberi ruang kepada mereka di saat PRU-14 kian hampir. Imbau kembali bagaimana mereka yang sepatutnya berada dalam tugas berkaitan hal ehwal pilihan raya parti, boleh pula membocorkan kerahsiaan parti.

Menyentuh hal berpisahnya Pas dengan DAP, kedengaran suara yang tidak mahu perkara ini berlaku. Kalau diperhati dengan teliti, suara ini bukanlah suara yang memikirkan maslahah umat Islam di Malaysia tetapi lebih menjurus kepada bimbang akan kepentingan peribadi. Lebih khusus lagi, risau akan kehilangan jawatan yang selesa disandang mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Sela­ngor.

Lebih-lebih lagi dua negeri ini kaya dengan hasil negeri yang melimpah ruah. Berpisahnya Pas dengan DAP secara automatiknya memaksa mereka meletak jawatan paling tidak dalam hal yang bersangkutan dengan kerajaan negeri terutamanya kerajaan negeri Pulau Pinang.

Di sudut hati kecil penulis, ha­nya ada satu harapan untuk Pas. Barisan kepimpinan parti 2015-2017 akan lebih menghampirkan perjuangan Pas kepada Islam. Ini bukan lagi berpaksi pada pendirian bebal ciptaan DAP - asal bukan UMNO. Adakah jika bukan UMNO, maka segalanya menjadi halal? Kita memang tidak boleh faham ‘anutan’ ini.

Dalam negara seperti Malaysia, strategi politik memang perlu licik namun mesti sentiasa berpegang pada tali Islam kerana apabila tali itu putus, maka tunggulah saat kemusnahan.

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

JOMO: March on! Way To Go!!!

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI


    ReplyDelete