Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 11 June 2015

Anak Muda Kurang Didikan Asas Agama Antara Faktor Terlibat IS - Ahmad Zahid cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Image result for zahid hamidi

Pendidikan agama penting dalam mencatur kehidupan kita terutamanya dalam era baharu yang sungguh mencabar... Cabaran bukan sahaja perkara disekeliling tetapi maklumat yang boleh diperolehi dari sumber-sumber yang begitu banyak dengan hanya menggunakan internet...

Kewujudan gerakan-gerakan diluar sana yang cuba menyesatkan pemikiran anak-anak muda kita terutamanya orang Islam jangan dipandang remeh... Justeru, hanya dengan pendidikan agama sahaja kita boleh menghadapi apa juga cabaran dan dugaan yang mendatang dengan baik...

Pendidikan agama juga pastinya membentuk akhlak manusia agar lebih sempurna... 

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya” (Imam Ahmad, Juz 3, no. 7406)

Dalam isu IS ini, gerakan-gerakan halus yang sukar untuk dinilai ini boleh dengan senang meracun pemikiran anak-anak muda kita... Ketaksuban melampau dan salah tafsir mengenai perjuangan juga antara sebab kenapa ada anak-anak muda yang terlibat dengannya... Apatah lagi dengan informasi yang disalurkan diterima tanpa usul periksa.. sangat menakutkan!

Kurang pendidikan asas agama yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah antara faktor mendorong golongan muda terlibat dalam kumpulan gerakan militan IS, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Beliau berkata berdasarkan penilaian yang dibuat, kewujudan kumpulan yang menyalahtafsirkan ajaran Islam khususnya berhubung konsep jihad, penghapusan dosa dan jalan mudah menuju ke syurga telah menarik minat mereka menyertai gerakan itu. 
"Golongan ini juga yakin bahawa hanya kumpulan pengganas militan IS sahaja yang mampu menubuhkan negara Islam sepenuhnya mengikut acuan radikal mereka," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat Isnin. 
Kok ingin mengetahui faktor yang menyebabkan golongan muda menyertai IS dan langkah kementerian mencegahnya. 
Ahmad Zahid berkata perasaan benci dalam kalangan masyarakat Islam terhadap negara barat juga mendorong golongan itu bertindak berjuang bagi menentang kuasa besar yang dianggap sebagai musuh Islam. 
"Mereka juga menganggap pertubuhan Islam di peringkat antarabangsa gagal dalam melindungi dan mempertahankan nasib negara-negara Islam yang ditindas sekaligus menyemarakkan lagi semangat mereka untuk berjuang bersama-sama kumpulan pengganas tersebut," katanya. 
Ahmad Zahid turut menyatakan media sosial juga menjadi faktor dalam penyebaran fahaman dan ideologi untuk mempengaruhi dan menarik sokongan serta merekrut anggota baharu kumpulan pengganas itu. 
"Ia diburukkan lagi dengan pengaruh rakan sebaya yang berperanan mempengaruhi golongan ini untuk terlibat sama dalam aktiviti kumpulan ekstremis agama khususnya kumpulan pengganas militan IS," katanya.
-- BERNAMA

JOMO: Berilah didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak kita... Pantau pergerakan anak-anak kita... Lebih penting lagi, belanja lebih masa bersama keluarga!

3 comments:

  1. Didik dgn ajaran agama, aliran ASWJ yg benar, agar mendpt kefahaman yg betul dlm beragama, agar tidak bermudah mudah membid'ahkan, memunafikkan atau mengkafirkan golongan yg tak sependapat dan sealiran.
    Iman, Islam dan ihsan ; atau akidah, syariat dan akhlak perlu selari, benar dan baik barulah sempurna Islamnya, bukan hanya nampak baik syariatnya tp buruk pd akhlaknya, kasar bahasa, kasar tingkahlakunya, keras degil dan angkuh pula sikapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI


      Delete
  2. Bukan kurang tetapi terlebih...

    ReplyDelete