Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 30 June 2015

1.5 Juta Bukan Baharu Tapi Ganti... cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Kemasukan warga asing bukan tambah, tapi ganti

Ahmad Zahid ketika menandatangani plak projek '1 pelajar 1 laptop' sambil diperhatikan Muslim (dua, kiri) dan Pengerusi Yayasan Restu Malaysia, Datuk Abdul Latiff (kiri).

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan perbincangan dengan beberapa negara untuk mengeluarkan dokumen perjalanan satu hala dalam usaha menghantar semula pekerja asing tanpa izin pulang ke negara asal.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan tersebut diadakan melalui duta negara berkenaan di Malaysia, sekali gus menangkis salah faham yang timbul berkenaan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

"Saya minta agar badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi pekerjaan dapat memahami hasrat kerajaan ini dengan tidak menyogokkan (berita) bahawa ini adalah tambahan (kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh) untuk bekerja di negara ini.

"Kemasukan mereka adalah bagi menggantikan pekerja-pekerja asing yang akan dihantar balik ke negara asal," katanya kepada pemberita ketika menghadiri 'The 5th Annual Grand Iftar' melibatkan komuniti Palestin di Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi membidas dakwaan pihak tertentu yang beranggapan rancangan membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke negara ini bagi tempoh tiga tahun sebagai tidak wajar.

Ahmad Zahid berkata kemasukan mereka adalah bagi memenuhi permintaan kekurangan pekerja di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan industri berat negara.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran berharap kerajaan Malaysia akan menawarkan lebih banyak biasiswa kepada pelajar Palestin di sini.

Pada 2013, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan biasiswa bernilai RM400,000 kepada 10 petugas akademik di universiti di Gaza untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di UTM.

Program biasiswa berkenaan dimulakan sebagai maklum balas terhadap persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menawarkan 100 biasiswa pengajian tinggi untuk penduduk Gaza.

Selain biasiswa, Imran dalam ucapannya pada majlis itu, turut meminta kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh visa ketibaan untuk rakyat Palestin dari 30 hari kepada tiga bulan.

Menurut laporan, pada tahun lepas, rakyat Palestin mempunyai kemudahan bebas visa atau memohon visa di tempat ketibaan di 35 buah negara. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kemasukan-warga-asing-bukan-tambah-tapi-ganti-1.406041

Jomo: Akan diganti secara perlahan-lahan mengikut keperluan...

No comments:

Post a Comment