Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 5 May 2015

PKR Makin Pening! Ust Hadi Tidak Akan Berceramah Di Permatang Pauh... #prkpermatangpauh

PKR semakin tertekan... Tekanan ke atas PKR semakin memuncak sebelum proses pengundian... Selepas peristiwa boikot pejuang @ Ahli-ahli PAS kali ini Ust Hadi Awang pula bagi se"das" ke muka PKR terutamanya calonnya sendiri...

Selepas meletakkan gambar Anwar pada poster PRK bagi tujuan untuk mendapat ihsan di Permatang Pauh, kaedah yang sama juga digunakan untuk Ust Hadi Awang... Hakikatnya? Ianya tidak menjadi...

Difahamkan setelah mendapat laporan dari Permatang Pauh, Ust Hadi melalui akaun FB nya telah menafikan bahawa beliau akan memberi ceramah di Permatang Pauh... Ianya memberi tamparan hebat kepada PKR yang cuba menarik ahli-ahli PAS yang dikatakan terus memboikot mereka terutamanya dalam masa-masa genting ini untuk bersama dengan mereka...

KUALA LUMPUR 4 Mei – Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menghadiri ceramah perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Kompleks Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, Pulau Pinang, Rabu ini.

POSTER Ceramah Perdana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena kempen PRK Permatang Pauh yang disahkan palsu.

Pengendali laman Facebook rasmi Presiden Pas itu mengesahkan, pos­ter tentang ceramah berkenaan seper­ti yang disebarkan kepada orang ramai sebelum ini adalah palsu.

“Dimaklumkan bahawa poster ini adalah palsu, Presiden mempunyai komitmen lain pada tarikh tersebut.

“Kami amat kesal dengan sebar­an yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya melalui laman Facebook tersebut hari ini.

Dalam poster berkenaan, Abdul Hadi dijadualkan untuk menyampaikan ceramah anjuran jentera pe- nerangan PRK Parlimen Permatang Pauh pada pukul 9 malam, 6 Mei ini.

Difahamkan, setakat ini, beliau belum pernah menghadiri sebarang aktiviti kempen anjuran pakatan pembangkang bagi PRK Parli­men Permatang Pauh sejak hari pe­namaan calon pada 25 April lalu.

Tindak-tanduk Abdul Hadi itu mencetuskan persoalan lebih-lebih lagi apabila Dewan Pemuda Pas Pu­lau Pinang pada mulanya enggan membantu kempen calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Walau bagaimanapun, pada 29 April lalu, Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd. Yusni Md. Piah mengubah pendirian dan akur dengan arahan Pas Pusat yang menggesa jentera parti itu membantu kempen PKR.

Krisis antara akar umbi Pas dan PKR di Pulau Pinang tercetus setelah Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu mengkritik komitmen Abdul Hadi dalam pelaksanaan hudud di Kelantan.

Sehingga kini, AMK Pulau Pinang masih enggan tunduk kepada desakan akar umbi Pas agar mereka meminta maaf di atas perbuatan biadab mempersoalkan kewibawaan Abdul Hadi itu.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/politik/tiada-ceramah-abdul-hadi-di-permatang-pauh-1.87953#sthash.dcwu6BTw.dpuf

JOMO: Wan Azizah dah pening kepala...

No comments:

Post a Comment