Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 26 April 2015

Wanita Rompin harap lebih banyak peluang tingkat kemahiran...

ROMPIN: Golongan wanita di sini, mengharapkan lebih banyak peluang dan latihan diberikan kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran yang boleh dimanfaatkan demi menambah pendapatan keluarga.

Bagi peniaga gerai makanan, Manisah Harun, 40, beliau mengharapkan kerajaan mewujudkan lebih banyak gerai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk penduduk setempat terutama golongan belia menjana ekonomi untuk diri sendiri dan keluarga. "Belia di Rompin ini mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang termasuk makanan, pembuatan seni kraf dan menjahit. Kalau kerajaan boleh sediakan banyak tempat untuk pasarkan hasil yang dibuat, belia boleh menjana lebih banyak pendapatan tanpa perlu keluar dari Felda," katanya.

Graduan universiti awam dan kelahiran Selendang 1, Nur Mastura Abidin, 27, pula mengharapkan kerajaan memperluas lagi pemasangan jalur lebar di kawasan perumahan Felda bagi memastikan golongan muda terus menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan. "Di sesetengah kawasan Felda, liputan internet agak teruk menyebabkan kami terpaksa mengambil masa yang lama atau perlu ke kawasan lain untuk mendapatkan liputan yang lebih baik. "Ini menyukarkan saya semasa membuat tugasan yang dibawa balik dari universiti semasa bercuti di rumah," katanya.

Sementara itu, wanita Orang Asli Saidah Yasin, 50, dari suku kaum Jakun berkata beliau berharap lebih banyak bantuan berbentuk program kesihatan diberikan, khususnya melibatkan penyakit berbahaya seperti kanser. "Kalau sendiri mahu ke klinik, masih ada wanita yang pandang ringan dalam bab ini. Tapi jika selalu ada yang datang bagi ujian kesihatan secara percuma, ramai yang boleh pergi," katanya.

Saidah yang mencari nafkah dengan menjual ketam nipah juga berharap pelbagai bantuan yang diterima masyarakat Orang Asli akan berterusan, khususnya dalam perihal pendidikan. Bagi peniaga Ang Bun Tiang, 44, beliau berharap sesiapa sahaja yang dipilih sebagai Anggota Parlimen di sini dapat memberi khidmat terbaik dan memastikan Rompin terus membangun dan menjadi tumpuan pelancong, terutamanya kerana kawasan itu merupakan satu daripada laluan ke Pulau Tioman.

Kedatangan pelancong, menurut Ang akan memberi rezeki kepadanya yang membuka kedai runcit di bandar Kuala Rompin. Rompin kini menjadi tumpuan ekoran Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang sedang berlangsung selepas penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, terkorban dalam nahas helikopter pada 4 April lepas. Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jamaluddin daripada Barisan Nasional (BN)menewaskan Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

PRK itu yang diadakan pada 5 Mei ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dengan calon PAS Nazri Ahmad. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49913?m=1

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete