Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 24 April 2015

Untuk Permatang Pauh! Calon dan Jentera Catur Gerak Kerja Tersusun cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Jentera-jentera BN, yang diketuai DS Zahid Hamidi dan jentera BN Pulau Pinang dan BN peringkat kebangsaan telah memulakan gerak kerja bagi memastikan Calon BN Encik Suhaimi Sabudin menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sudah-sudahlah, berilah peluang kepada BN di Permatang Pauh. Setelah 17 Tahun di bawah PKR ternyata warga Permatang Pauh memerlukan perubahan pemimpin sebagai wakil rakyat yang baharu.

Jentera secara keseluruhannya telah bersatu untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada Calon. Kerja keras pengerusi jentera DS Zahid sendiri sentiasa turun padang bagi memastikan jentera bergerak secara significant dan mencapai matlamat kempen.

TERPILIH untuk mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh adalah perkara yang begitu mengejutkan Suhaimi Sabudin, 44.

Meskipun sudah berkecimpung dalam dunia politik sejak 23 tahun lalu, Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh ini nyata tidak menyangka akan menggalas tanggungjawab besar untuk mewakili BN di kerusi yang dianggap panas oleh sesetengah pihak.

Suhaimi sempat berkongsi kepada wartawan BH, Siti Sofia Md Nasir, mengenai strategi serta matlamatnya jika menerima mandat pengundi pada 7 Mei ini.  

S: Apa perasaan saudara selepas dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, yang disifatkan paling panas di Malaysia?

J: Alhamdulillah, saya sebenarnya begitu terkejut dengan pemilihan ini kerana saya baharu dimaklumkan oleh parti pagi tadi. Saya berserah dengan takdir yang ditentukan Allah kepada saya. Bagaimanapun, saya mengharapkan kerjasama yang diberikan oleh akar umbi dalam memastikan kemenangan BN di Permatang Pauh. Dengan semangat juang yang ditunjukkan kawan-kawan di dalam jentera BN, saya rasa tidak mustahil untuk kita melakar sejarah dalam PRK ini.  

S: Apakah pendekatan yang akan digunakan saudara sepanjang kempen di PRK Permatang Pauh?

J: Seperti biasa, saya akan turun menemui pengundi di setiap ceruk kawasan Permatang Pauh. Permatang Pauh ini adalah kawasan yang tidak asing kepada saya kerana saya dilahirkan dan membesar di sini sehingga sekarang. Bagi saya, tugas untuk bertemu pengundi ini adalah rutin biasa saya sejak menjadi ahli UMNO dari tahun 1992. Namun, untuk kempen kali ini, ia akan diperhebatkan dan akan turut disertai jentera BN.  

S: Adakah saudara bersedia dengan taktik pakatan pembangkang yang menggunakan serangan peribadi dalam kempen mereka?

J: Melalui pengalaman saya sewaktu membantu UMNO dan BN menghadapi beberapa PRK dan Pilihan Raya Umum (PRU), saya sedia maklum berhubung cara pakatan pembangkang berkempen. Mereka akan menyerang peribadi calon untuk melemahkan semangat. Oleh itu, saya sudah mempersiapkan mental untuk menghadapi serangan mereka. Saya sudah sedia untuk terima apa juga rintangan.  

S: Bagaimana saudara melihat sokongan daripada peringkat akar umbi? Adakah akan wujud unsur sabotaj di peringkat dalaman parti?

J: Saya tidak melihat isu sabotaj sebagai isu utama dalam kempen ini. Saya percaya dan amat yakin semua ahli akar umbi bersatu untuk memastikan kemenangan BN. Unsur sabotaj tiada dalam UMNO. Apa yang penting, UMNO Bahagian Permatang Pauh sudah lama bersedia mental dan fizikal untuk berhadapan dengan parti lawan. Fokus utama kita adalah untuk menepis dakyah pakatan pembangkang yang akan menggunakan pelbagai isu dalam kempen mereka  

S: Apa yang saudara boleh tawarkan kepada pengundi sekiranya terpilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh?

J: Saya dapati Permatang Pauh amat memerlukan pembangunan infrastruktur baharu. Permatang Pauh boleh diibaratkan sedikit tertinggal berbanding kawasan lain. Insya-Allah jika terpilih untuk menang, saya akan memberi tumpuan kepada beberapa kemudahan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat seperti membangunkan industri kecil dan sederhana, industri pelancongan serta pertanian. Saya yakin pengundi Permatang Pauh dapat membuat penilaian yang baik nanti.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49357?m=1

Jomo: Undi BN Permatang Pauh!

Program 24 April 2015:

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete