Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 22 April 2015

UMNO Permatang Pauh Semakin Menggerunkan Lawan... Bukan Kerja Mudah! @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Image result for Datuk Zaidi Mohd Said

Walaupun umum mengetahui Permatang pauh sememangnya kubu kuat PKR, namun, pertandingan tetap pertandingan. Selepas lawatan Tan Sri mahyuddin dan Dato Seri Zahid Hamidi ke sana, kelihatan jentera permatang pauh semakin matang dalam mengatur dan mencatur strategi yang ampuh bagi mengekang pihak lawan.

Gerakan yang jarang-jarang berlaku ini memberi signal jelas BN semakin bersedia dalam menghadapi pilihanraya kecil yang akan datang. kekuatan parti dan kelemahan pihak lawan jika diambil tindakan yang sewajarnya tidak mustahil parlimen Permatang Pauh menjadi milik BN.

Ikuti temubual Ketua Bahagiannya:

UTUSAN: Sejauh manakah perse­diaan jentera UMNO menjelang PRK Parlimen Permatang Pauh?

MOHD. ZAIDI: Jentera di semua peringkat sudah cukup bersedia. Jika melihat kepada maklum balas daripada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turun padang baru-baru ini pun, mereka menilai ini pertama kali UMNO Bahagian membuat persiapan pada tahap terbaik dalam berdepan PRK. Saya sendiri pun melihat tidak banyak lagi tugas yang perlu kita laksanakan sebaliknya hanya menunggu masa untuk turun berkempen mulai 25 April ini.

Adakah UMNO Bahagian berani menjanjikan kemenangan di kerusi itu nanti?

Parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR. Jadi saya perlu mengakui sangat sukar untuk kita menang di kerusi ini. Tetapi ada beberapa faktor yang menambah serta meningkatkan keyakinan ahli-ahli UMNO bahawa kita boleh melakukan kejutan.

Ia termasuklah dari segi ge­rak kerja membantu rakyat tanpa mengira latar belakang agama atau kaum. Bantuan sama ada dalam aspek pendidikan atau kebajikan itu kita usahakan secara berterusan.

Kejayaan paling besar kita setakat ini adalah mendapatkan peruntukan sebanyak RM2.2 juta untuk membina 11 buah dewan terbuka di sekolah-sekolah sekitar Parlimen ini seperti diumumkan Muhyiddin baru-baru ini. Selain itu kita juga memberi sumba­ngan kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Parlimen ini antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap tahun. Sebelum ini, PIBG tidak pernah menerima sumbangan secara tetap daripada UMNO Bahagian.

Kita juga berjaya mendapatkan peruntukan bagi meningkatkan infrastruktur dan membantu golo­ngan miskin.

Ada yang beranggapan UMNO tidak mempunyai peluang jika PKR mencalonkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi? Apa pandangan Datuk?

Saya yakin jika PKR mencalonkan Wan Azizah sekali lagi kali ini, ia akan memberi bonus kepada UMNO. Sebab penduduk di sini sudah mengetahui tentang rekod Wan Azizah mengosongkan kerusi yang ditandinginya untuk memberi laluan kepada orang lain. Apatah lagi sekarang Wan Azizah juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang. Jadi bagaimana beliau dapat memberi tumpuan kepada permasalahan penduduk di Parlimen ini?

Apa pula yang boleh diharapkan daripada calon UMNO nanti?

Saya boleh beri jaminan semua pihak akan terkejut sebaik sahaja kita mengumumkan calon UMNO bagi kerusi ini yang dijangka pada Khamis ini. Malah, pembangkang terutama PKR pun akan terkejut dengan calon kita.

Ini kerana calon kita jauh lebih muda selari dengan proses peremajaan parti yang sedang kita lakukan. Selain itu, calon itu juga merupakan anak tempatan selain mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.

Apa kebimbangan utama UMNO menjelang PRK berkenaan?

Kebimbangan kita adalah kemampuan parti-parti komponen BN membantu menarik pengundi. Dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh terdapat kira-kira 30 peratus pengundi Cina dan India. Dari segi pengundi India, kita mempunyai keyakinan mampu menarik kira-kira 50 peratus undi mereka. Tetapi situasi agak sukar bagi pengundi Cina kerana kita memahami sentimen politik mereka. 

Sebab itu meskipun kita menyasarkan menarik 30 peratus undi masyarakat Cina, namun bagi saya angka itu juga sebenarnya agak sukar. Sebab itu kita mengharapkan parti-parti komponen BN dapat menyusun strategi yang benar-benar berkesan dalam menarik sokongan masyarakat Cina.-di sini

JOMO: BN For Permatang Pauh!

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete