Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 20 April 2015

Tiada Maaf! Zahid Hamidi Arah 'Samseng' diburu hingga ke Lubang Cacing... cc @NajibRazak @KBAB51 @Zahid_Hamidi


Image result for zahid hamidi

Keganasan dan kegiatan samseng yang dilihat kurang ajar yang berlaku baru-baru ini, mengundang respon Menteri Dalam Negeri DS Zahid Hamidi. Beliau dengan tegasnya menyatakan Samseng seperti ini akan diburu hingga ke lubang cacing.

Perbuatan samseng seperti yang berlaku diklang baru-baru ini memang tidak boleh diterima,hanya kerana mahu merebut kawasan sehingga berlaku pembunuhan.

KUALA LUMPUR 19 April - kumpulan samseng di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang dikenal pasti menjadi lokasi panas kepada aktiviti gengsterisme akan dipe­rangi habis-habisan.

Arahan serta-merta itu dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berikutan insiden ganas melibatkan kumpulan samseng di Bandar Bukit Mewah, Klang, Selangor.
Pada masa yang sama, beliau turut mengarahkan polis memburu hingga ke lubang cacing kumpulan samseng bertanggungjawab membunuh dan mencederakan enam yang lain di Bandar Bukit Mewah itu.

Ibarat tiada lagi maaf kepada kumpulan yang dipercayai berpusat di Klang itu, beliau berkata, perbuatan samseng tersebut benar-benar mencabar kewibawaan polis dan mesti di­kenakan hukuman maksimum.

Serentak dengan itu, Ahmad Zahid memberi ingatan kepada pihak yang mendakwa diri mereka kononnya sebagai pejuang hak asasi, agar jangan cuba melindungi kumpulan samseng tersebut.

“Kementerian ini yang dipertanggungjawabkan menjaga ke­amanan dan keselamatan akan memerangi mereka hingga ke lu­bang cacing. Perbuatan me­reka benar-benar menca­bar ke­wibawaan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Ma­laysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi semalam yang dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan kawalan ke­selamatan, lima samseng bertindak menyerang tujuh pengawal keselamatan sebelum membakar hidup-hidup salah seorang daripada mangsa.

Lebih menyedihkan, mang­sa yang terbunuh, Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26, baru sahaja mendirikan rumah tangga tidak sampai dua bulan lalu manakala enam rakannya cedera ditetak menggunakan senjata tajam dan seorang berada dalam keadaan parah.

Turut dibakar dalam serangan tersebut adalah tiga pondok pengawal dan kejadian itu kini menyebabkan penduduk di kawasan Bandar Bukit Raja hidup ketakutan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoal di mana pejuang hak asasi manusia yang selama ini gemar menjadi hero setiap kali polis bertindak ke atas penjenayah tetapi membisu seribu bahasa apabila rakyat menjadi korban.

“Bila rakyat menjadi mangsa akibat tindakan penjenayah di mana mereka? Mana hak asasi manusia kepada mangsa yang dibunuh ini? Mengapa pejuang hak asasi manusia tidak membela dan masih membisu hingga ke saat ini,” soalnya.-sumber

JOMO: Sokong agar kepala-kepala samseng ini diburu tanpa henti!

4 comments:

  1. Mereka mungkin sebahagian yg dibebaskan ketika ISA dibubarkan...lebih malang jika ada anggota polis terkorban dalam perburuan tersebut.
    Zahed perlu buktikan keberkesanannya dalam pencegahan.

    ReplyDelete
  2. bukan takat bapak samseng saja yg diburu..
    anak samseng merata kampung pun patut dibenteras sama..
    buat cara film p.ramlee 6 jahanan..

    ReplyDelete
  3. KEJAMnya - patut diPANCUNG saja mana-mana SAMSENG/PENJENAYAH/PENGGANAS yg. memang pengikut SYAITAN ni! Sebab itulah ALLAH SWT mengeluarkan HUKUM HUDUD - bukan mcm. hukuman Barat-Zionis-KEPARAT; yg. asyik MEMBELA penjenayah mcm-BINATANG ni! Aku tak habis mengalir airmata membaca tragedi amat menyayat hati ni ke atas Allahyarham Ridzuan dan pengawal-pengawal lain tu- diTETAK dan DIBAKAR! YA ALLAH; byangkanlah penderitaan mereka sewaktu itu - teringat kes Allahyarhamah Sosilawati dan arwah yang lain-lain tu - sedgkan bila lagi SAMSENG-SAMSENG PEMBUNUH KEJAM depa ni ni nak kena GANTUNG?!!

    Harapnya KDN akan memberikan PAMPASAN utk. keluarag arwah dan yg. cedera tu semua – dan tolong bekalkan pengawal keselamatan dari rakyat Malaysia kita, dgn. senjata selepas dilatih spt. polis bantuan!

    Semoga ALLAH SWT menghapuskan semua MUSUH ISLAM yg. amat DAJAL ini yg. tak habis-habis MEROMPAK Dunia Islam yg. kaya minyak-gas/Thorium-Uranium (utk. pembuatan senjata Nuklear) serta MEMBUNUH/MEROGOL umat Islam dlm. GENOSID yg. makin MENINGKAT, dan supaya setiap pembunuh/perompak/perogol ini diHUKUM ALLAH SWT menjadi PAPA KEDANA dan ditimpa pelbagai PENDERITAAN hingga ke para KETURUNAN mereka yg. juga JAHAT-mcm-SETAN!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  4. Ni dah melampau dan tahap tak boleh berkromponi lagi dengan pengganas yang tak berhati perut.Dah curi dah lah bunoh pulak.Tambat tali gantung jawabnye.Hapuskan mereke sebelum banyak lagi orangorang yang tak bersalah jadi mangse.

    ReplyDelete